Sunday, July 22, 2012

First Ramadhan Di Segamat :)

alhamdulillah, masih berpeluang aku nak berada dalam bulan penuh keberkatan, bulan ramadhan. first day ramadhan aku ada kat kampung, jb. hehe. saje je balik jb sebab nak juga rasa puasa kat kampung. hehe. sampai dalam jam 4 petang. di sambut oleh lovely auntie, lovely granny, lovely cousin and lovely uncle (insyaAllah, harap dijodohkan dengan auntie)

girang tak terkata ok bila bus sampai kat larkin. hehe. jumaat malam, pergi solat tarawih kat masjid perling. sebak actually masa tu sebab abah pernah jadi imam kat situ, si mandikan dan juga di solatkan kat situ. abah, akak rindu abah :'(. dah tujuh tahun abah pergikan? kejap je rasa. tadi masa kita orang kat kubur abah, kita orang recall all the memories with you :) 

after tarawih, lepak-lepak jap kat rumah. then dalam pukul 12 lebih, uncle am, ex-student abah datang rumah. niat hati uncle am, ateh dengan auntie nak bagi aku merasa burger bakar merangkap celebrate birthday, tapi sampai-sampai je burger dah habis pulok. hehe. takde rezeki. maka kami lepak di mcd. pergh, tak pernah aku lepak sampai pukul 2 lebih luar rumah. haha. mentang-mentang dah 18 tahun :p

first puasa which is semalam, mak masak lontong for our iftar. sangat best! hehe. then terawih, this time uncle din ikot sekali. tak sabar nak tunggu uncle din dengan auntie kawen. hehe. then hari ni, pukul 9 lebih, dorang hantar aku ke larkin sebab bus 10.30 pagi. sangat awal. hehe.

and now, masa aku tengah type post ni, im alone in my room sebab kak iza, my roomate tak sampai lagi.train dia delay, pukul 4.30 petang baru gerak. hope she will arrive safely. maka, tibalah masa untuk aku tempuhi bulan ramadhan di tempat baru, teman baru dan cara hidup baru :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, July 3, 2012

TAKZIAH LINA.

alhamdulillah, aku masih berpeluang buat post ni even agak lambat. aku pasti ramai dah tau yang salah sorang kawan aku, lina telah kehilangan ayahanda yang tercinta. seriously aku sangat terkejut sebab ayah dia before this seorang yang sihat. itulah namanya takdirkan.

aku takut untuk berada dalam situasi dia sekarang sebab aku masih belum bersedia untuk kehilangan ahli keluarga yang lain selepas pemergian arwah abah iaitu atok aku. aku sering berda supaya semua yang aku kenal diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. aku juga doa supaya lina akan bangkit dari kedukaan dan kuat menghadapi kenyataan.





terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae