Monday, January 30, 2012

BENCI!!

yeah,aku benci bila aku benci orang.maksud aku,aku tak suka bila ada orang lain yang buat aku benci diri dia.aku tak kan kacau orang yang aku tak kenal dan tak carik masalah dengan aku ok.dan aku tak kan benci orang tanpa reason ok.so,kalau kau nak tau sangat pasal aku,meh la tanya aku sendiri.jangan pandai-pandai nak buat kesimpulan pasal aku based on my attitude.tu cara tak professional namanya weyh!!!




terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

CINTA RASULULLAH :')

Pagi itu, walaupin langit telah mula manguning, namun burung- burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.Pagi itu, Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas menyampaikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku, aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku." 

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datnG, saatnya telah tiba. 

"Rasulullah s.a.w akan meninggalkan kita semua." keluh hati semua sahabat kala itu. Dan manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian meninggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup sedang di dalamnya, Rasulullah terbaring lemah dengan keringat yang menbasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya "siapakah itu wahai anakku?" "Taktahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,"kata Rasulullah.Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampirinya, tapi Rasulullah s.a.w menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian panggillah Jibril yang sebelumnya sudah siap di atas langit dunia menyambur roh kekeasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu."kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega. Matanya penuh kecemasan.

"Engkaub tidak senang mendengar khabar ini?"tanya Jibril lagi.
"Kahabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"tanyanya.
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.

Saatnya semakin dekat Izrail melakukan tugas.Perlahn roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh bersimbah peluh. Urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini......." perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku.hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?"tanya Rasulullah kepada malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?"kata Jibril

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidaktertahan lagi.
"Ya Allah, dasyat nian maut ini, timpakan semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendakmembisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan ke wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Umatku! Umatku! Umatku!" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran. Kini, mampukah kita mencintai seperti baginda mencintai umatnya?

SUBHANALLAH..begitu mendalam cinta baginda kepada kita semua sehinggakan baginda mahu darjat umatnya lebih tinggi dari umat-umat lain.buktinya,baginda berpuas hati apabila di khabarkan oleh jibril bahawa ALLAH telah berfirman "Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" dan menyebut kaliamh "Umatku,Umatku,Umatku" di penghujung nyawa baginda S.A.W.

*aku buat post ni sebab tadi aku dengar ceramah Ustaz Don kat tv AlHijrah pasal topik ni.dia ceritakan kisah di atas.aku dah pernah dengar tapi bukan full story macam ni la..tapi bila dengar semula tadi,aku rasa bersyukur sangat-sangat dilahirkan sebagai umat MUHAMMAD.*

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

AFFIQ MADI :)

semalam aku dok IM dengan kawan aku.dia memang dah lama menyepi.haha.sampai aku fikir dia dah start sombong. :P sorry affiq.haha.tapi rupa-rupanya dia malu.haha.dia ni memang dari azali pemalu.dalam ramai-ramai kawan lelaki aku dia lah yang paling pemalu & berbudi bahasa ok.haha.

affiq ni kawan since tadika,and kawan aku yang paling pandai.dari dulu sampai la sekarang.dari darjah satu,sampai darjah enam memang aku,affiq & aqila selalu top 3.aku bukan nak berlagak,tapi saja nak story.aku just dapat nombor dua atau tiga,satu memang tak la.haha

UPSR affiq dapat 5A,PMR 8A & SPM tak tau lagi dia dapat berapa.tapi aku yakin kau boleh dapat straight A's affiq.alangkan trial pun kau dah dapat result gempak,so mesti SPM pun boleh kan.haha.

ok,this post sebenarnya aku buat special untuk dia sebab aku nak wish congrates kat dia.sebab apa??sebab sekarang dia tengah buat foundation kat UTP!! gempak kan?dia memang rajin,sebab tu dia pandai.aku kagum gila dengan kau affiq!aku tau kau mesti boleh buat punya,yang paling penting kau kena yakin pada diri kau but jangan sampai over confident pula.haha.



affiq,kalau kau dah berjaya satu hari nanti,aku harap kau tak lupa diri ok.sentiasa ingat bahawa semua makhluk sama di sisi ALLAH,tak kira kaya miskin hodoh cantik handsome pandai kurang pandai or whatever lah.as long as bergelar makhluk ALLAH,kita tetap setaraf di sisi NYA.kau jangan lupa eh kami yang kawan kau ni since tadika :) aku doakan kejayaan kau dunia & akhirat affiq.kawan selamanya :')



terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, January 29, 2012

MARRIED :)

ok,ada orang ingat aku dah kahwin :( sentap juga la.tapi salah aku juga sebenarnya.haha.yela,yang aku bantai pakai inai macam orang kahwin tu kenapa kan??haha..padan muka.tambah pula dengan badan besar aku ni,lagi la nampak macam dah kahwin.hahaha.ala,pada hal hari tu ramai puji i comel.terasa diri begitu berharga.hahahahahahaha..sengal je aku ni..so,meh cuci mata dengan menatap wajah aku yang comel :D
*perasan nak mampus siti amirah ni*




*tengok kuku kaki,berinai jugak*
*jangan pelik kalau tengok banyak gambar aku pakai baju ni sebab ni baju favourite aku*

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Saturday, January 28, 2012

FAMILY :D



aku bersyukur dikurniakan seorang ayah,ibu,adik dan abang yang sentiasa mewarnai hidupku.kami bersusah senang bersama :) walaupun keluarga aku kecil,aku tetap bersyukur.

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KAU KURNIAKAN KU SEBUAH KELUARGA YANG BAHAGIA.KAU ERATKAN LAH HUBUNGAN KAMI,PELIHARAHLAH KESELAMATAN & KESIHATAN KAMI,KAU BERILAH KEBAHAGIAAN BUAT KAMI SELAMANYA.AMINN..

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

BOYFRIEND :D

hey! :) aku nak story about boyfriend hari ni.haha.ok,baca sampai habis dulu,then baru tau the real story ye :)

pagi tadi,ada sedara aku kahwin kat Shah Alam,maka aku bersama mak & adik ku gerak lah ke sana jam 8 pagi.nikah pukul 11.50,tapi saja datang awal,boleh jumpa sedara mara lama sikit kan :) owh,kebetulan ayah aku outstation & abang aku pula tengah practical,tu yang kami pergi bertiga je :)
sampai sana aku tak ingat jam berapa.sampai-sampai je terus dah start sesi gelak besar-besaran sebab family aku memang masuk air.haha.tak kira la sebelah mak or ayah,sama je,suka gelak.gelak gelak dan gelak,aku pun lapar.makan,aku makanlah meehun goreng.

tengah aku menghayati makanan tu,nenek sedara aku borak la dengan aku.dialog kami :

nenek : "awak sekarang ni tak kerja ke?"
aku : "owh,tak.amek lesen kereta je"
nenek : "dah ada boyfriend?"
aku : "haa??owh,tak tak.saya takde boyfriend" (senyum ikhlas )
nenek : "boleh caya ke ni?"
aku : "eh,betul.saya memang takde boyfriend"
nenek : "kat sekolah awak tu takkan la takde kot"
aku : "hurmm..semua tak handsome.tak best" (gelak segan)
nenek : "baik amira cari boyfriend ni cepat-cepat."
aku : "kenapa pula??"
nenek : "nanti senang,tak payah fikir-fikir nak kahwin dengan sape dah.."
aku : "eh,macam tu pulak.haha.takpe,nanti-nanti la saya carik"

nenek aku buat muka tak puas hati after that.haha.tak sangka nenek sedara ku ni sporting suruh aku cari boyfriend bagai.haha.chill la dulu,aku baru 18 kot.hahahaha..enjoy la hidup single puas2 kan...

lepas tu masa nak balik,ada lagi sorang nenek sedara aku tanya soalan pasal boyfriend jugak kat aku.haishh.kalau aku memang dengan phone je sepanjang wedding tu takpe jugak,ni aku tak tengok phone langsung kot.hahahaha...kepada mereka-mereka semua,jangan risau.aku baru 18 tahun :) nanti aku kahwin,aku jemput la.. :p





terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, January 24, 2012

WAJAH BARU :D

setelah beberapa percubaan baru la aku dapat edit blog ikut apa yang aku nak.but aku still tak puas hati sebab ada beberapa benda aku nak buat tak jadi.haha.takpe mira,slowly la.one by one ok.haha.ok,thanks to my cutie izzati sahury sebab ajar aku.haha. :p ok,tu je.aku post ni sebab nak say thanks je kat zaty.haha.konon-konon macam aku hargai la ajaran dia.haha.KONON je ok :D

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, January 22, 2012

SESI MEMAKI KAU!!!

bangan apa kau nak kutuk-kutuk perempuan ni??dah la tiba-tiba menyampuk comment orang,then suka hati nak ejek-ejek kaum aku????weyh bodoh,sedar la ye.kaum yang kau kutuk-kutuk ni la akan jadi bini kau,ibu kepada anak-anak kau esok.jangan nak poyo sangat la cakap perempuan tau nak make-up and shopping je!!!kau sedar la sikit weyh,tak semua perempuan macam tu.mungkin before this koleksi awek kau tu jenis yang macam tu.jenis mintak duit kau untuk shopping bagaikan??padan muka kau!!yang bodoh sangat pilih awek kaki make-up kenapa??dah buat silap sebab kebodohan kau sendiri,kau nak salah kan kaum hawa pulak??haha.sumpah kau ni lelaki cibai.aku kalau jumpa kau,sumpah aku nak lempang kau ok!elok-elok mood aku ok nak online malam ni,tiba-tiba spoil sebab kan kau!!makhluk perosak!dah la kau,berambus la weyh!jangan samapi kau  pun aku sumpah jadi MP jugakkkkk!!!!!!!!!!!!!!
terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

PENGORBANAN SEORANG ANAK YANG TIDAK MENGENAL ERTI KEHIDUPAN :')

sebak hati melihat seorang kanak-kanak kecil yang dalam lingkungan umur 4-5 tahun membantu ibunya yang buta,berjalan menuju ke perhentian bas pada jam 8.00 malam.ok,aku selalu nampak budak ni tolong  mak dia.dia akan pimpin tangan mak dia,bawa mak dia tunggu bas kat bus stop depan rumah aku ni.aku selalu tengok je budak tu sampai hilang dari pandangan aku.

and then,tadi aku nampak dia bawak luggage besar,macam beg orang balik kampung tu kan,tapi yang beroda la.dia jalan kat depan,mak dia jalan kat belakang dia.tapi dia macam tak kisah keselamatan dia,sebab dia jalan pandang ke belakang,to make sure his mum selamat.sumpah,aku sangat tersentuh.

YA ALLAH,KAU LINDUNGILAH ANAK & IBU TERSEBUT.KAU BANTULAH MEREKA YA ALLAH,KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN MEREKA YA ALLAH.AKU MOHON PADA MU AGAR ANAK ITU AKAN MENJDAI SEORANG ANAK & INSAN YANG TAAT PADA MU DAN IBUNYA.AMINNN...

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Friday, January 20, 2012

MUHAMMAD FARIS :D

nama manja dia,farish.haha..ok,ni lagi sorang sahabat lelaki aku :) dia ni  stylo!pergi sekolah pun smart je.haha.cair la hati gadis-gadis kat sekolah tu kan tengok dia.haha.dia ni mamat fixie.haha.abang hot kan :P

ada la orang yang tanya kita orang ni kawan ke apa sebab kami sangat akrab and both of us single pula tu kan.padahal kalau kita orang lepak sama tu,topik wajib kita orang sembang pasal budak yang dia angau.haha.dia cerita la apa perkembangan baru pasal dorang.haha.aku pun tak faham kenapa la ada budak-budak fikir kita orang ada apa-apa.haha.mungkin sebab kita orang pernah dikahwinkan kot.haha.yela,time form 5 kan ada belajar bab perkahwinan.

masa tu ustazah nak buat contoh majlis akad nikah,aku dengan faris nak kena kan bai jadi pengantin laki,and zaty jadi pengantin perempuan.tiba-tiba,terbalik pula!kita orang yang kena.haha.ngek je time tu.boleh gelak-gelak lagi.haha.mungkin start dari situ kot.but seriously,kita orang memang sahabat,tu je.aku doakan sangat eh faris kau dijodohkan dengan budak comel tu :) sekarang kau senyap je kan,maklum la dah kerja.yela,cari nafkah untuk anak binikan..haha


inilah farish!dia style kan?haha.weyh,akurindukotnaktengokbegsekolahkauyangmacambegscubadivingtu.haha.andakurindukotnaklepakdengankau! :D

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

BAIHAQI ABDUL HANAN

baihaqi ni kawan bergaduh aku.haha.ok,dia sangat-sangat intelligent!aku tak tau kenapa dia ni super gempak sangat dalam pelajaran.kau bagi je soalan akaun,math,addmath,ekonomi,sains or whatever la as long as bukan pure science,confirm dia boleh jawab!otak tu cepat sangat loading!haha..

aku suka lawan mulut dengan dia sebab dia ni ada je ayat nak kena kan aku.haha.sampai pernah gaduh betul-betul.tapi itu cerita lama.sekarang,dia jadi sahabat aku :) owh,lagi satu,dia sangat tinggi dan kurus.MENYAMPAH!haha..

susah sangat nak buat jahat dengan dia,but finally aku & izzati iaitu gf dia,berjaya juga kenakan dia.haha.masa birthday dia,kita orang baling tepung dari belakang.memang dia tak expect langsung la kan kita orang buat macam tu.haha.lepas tu,kat motor dia pun habis ditaburi tepung.haha.atas bantuan OG.haha.aku siap letak dalam helmet dia juga!puas gila hati aku dapat kenakan kau bai!haha..masa form two sama class dengan dia,tapi form baru rapat gila.haha.


ni la dia baihaqi :) kawandengankausangatgempakokandakutakkanlupake-annoying-ankautu! :D


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

SI GEMPAK QUSHWA HASNAN :D

im really glad to have you as my friend dear qushwa :) kau memang kawan yang gila-gila & keras hati.yup!memang itu kau beb,si keras hati.sebab apa aku cakap macam tu?sebab kau ni sumpah setia gila dengan perasaan kau tu,even aku dah rasionalkan kau pun,kau tak goyah langsung.haha.

aku selalu sakitkan hati kau kan?haha.aku saje je buat-buat marah kau.saja nak tengok muka innocent kau sebab kau ni telus sangat.sebab tu aku dengan azhar asyik kena kan kau je beb!haha..

qushwa ni kalau orang tak kenal,memang ingat dia seorang yang serious tahap gaban sebab air muka dia jenis yang ketat.tapi bila dah lama-lama kawan,memang kau susah nak tengok dia serious,asyik main-main je keja dia.haha..bahas la yang menemukan kami berdua :) dia ni addict dengan piano.sangat addict!haha.suka betul dia masa parents dia buat suprise beli kan dia piano.haha.semangat je cerita kat aku kan.haha.

aku pun tak tau kenapa aku boleh rapat dengan dia.baru beberapa hari kawan,dia dah boleh share dia suka sape & kisah hidup dia.aku pun macam tu juga.macam involuntary action ok.haha.sebab tiba-tiba je.aku pun tak percaya juga sebab aku ni susah bab-bab nak share perasaan aku dengan orang yang aku tak rapat ni.haha..mungkin chemistry antara kita orang tu semulajadi kot.ahh!whatever it is,aku sayang kau qushwa hasnan! :D


ini la dia qushwa binti hasnan :) iloveyousangatsangatqushyanggempak! <3

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

KEBOSANAN :D

sumpah bosan malam ni.haha.serious.online pun bosan.so,aku decide nak layan video aku bahas pada 31 MAC 2011.haha.saja sukasukihati aku nak imbau kembali kenangan lalu.haha.tapi aku mampu tengok round 1 je sebab yang round 2 tu buat aku emo nanti.i hate team yang kita orang lawan tu.sangat menjengkekelkan!haha..annoying habis.tak payah la aku cerita balik ok.

so,time aku tengah layan-layan video ni,aku sangat-sangat bersyukur aku terpilih join bahas ni sebab aku telah dipertemukan dengan dua orang sahabat yang super duper awesome!ok,mereka adalah QUSHWA HASNAN & AZHAR AMIRULHISYAM.ok,after this aku buat special entry pasal korang ok.haha

ok,back to the topic,im really boring ok!daaa...

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

PERGINYA BELIAU MENGADAP ILLAHI :'(

as you know,IZWAN PILUS telah kembali ke rahmatullah.aku seriously terkejut dengar berita ni sebab baru hari tu aku dengar suara dia kat HOT FM.aku memang suka dengan lagu dia,nak-nak pulak lagu 'kembali senyum'.beliau meninggal jam 6.15 pm tadi kerana jangkitan kuman dalam darah..he still young,but ajal tak mengenal usia.ajal takkan lambat sesaat ataupun lewat sesaat.takziah buat keluarga arwah.sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.AL-FATIHAH.

GAMBAR TERAKHIR ARWAH.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

MY CLONES :D

korang-korang!aku nak inform sikit ni,kat facebook,ada page baru tau!korang wajib 'like' ok.. nama page ni 'My Clones'.kawan aku punya,mereka ni kembar tiga.chinese girl.sangat comel meyhhh..ini amoi tak sombong taw.. :) ok,ni link page tu  http://www.facebook.com/pages/My-Clones/213176322105327 . nak tengok kecomelan mereka?ok,aku tunjuk yeah.. :)


make sure korang like ok! :D

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Thursday, January 19, 2012

DRIVING CLASS :D

ok,semalam aku pergi driving class yang 6 jam tu.nasib baik penceramah tu sama masa aku amek KPP tu,so aku tau style dia and i know that cara dia bagi ceramah memang tak bosan..lega aku tengok dia yang ajar.haha..

start macam biasa la pukul 10,tapi pakcik tu amek pukul 7.40 pagi sebab kena amek budak-budak lain jugak kat bandar tun razak.ok,semalam passenger terlebih seorang and kami terpaksa duduk rapat-rapat.haha.aku tak kesah pun tapi kesian kat sorang mamat ni la,terpaksa share sit dengan kita orang yang gadis ni.haha.

dah cukup semua,kita orang gerak la.then masuk la class tu.mula-mula cikgu tu ada la marah-marah sikit sebab ramai tak boleh jawab soalan dia.tapi lama-lama dia ok la :) ceramah tu 3 jam je,lagi 3 jam praktikal.bila dah habis ceramah,aku dah cuak sebab aku tak nak praktikal ok,aku tak pernah drive,takut cikgu tu marah aku sebab tak pernah drive.haha

huh!nasib baik cikgu tu tak garang.mula-mula dia ajar la masuk gear,tekan clutch bagai kan.aku ni geng dengan sorang budak ni,nama dia siddiq dari SG.BESI.ok,mula2 siddiq bawak dulu,tengok style dia bawak,memang dah tau dia selalu drive ni.haha.cikgu yang ajar tu pun cakap benda yang sama macam ape aku fikir.haha.

tiba-tiba,cikgu tu suruh aku drive pula."eh,tak pe lah.saya takot" itu lah ayat spontan keluar dari mulut aku.haha...cikgu tu cakap tak pe,cuba dulu.so,aku pun dengan lafaz BISMILLAH,mula la drive.hahahah.sumpah slow kereta aku bawak,aku tengok meter kan,aku dirve 5km/h..haha..pantas kan??yela,first time kot.haha..then dah lama-lama tu baru cecah 30km/h & 40km/h.haha.

balik rumah,aku pun story kat mak aku je sebab ayah aku takde,outstation.mak aku dengar ayat 5km/h tu,dia gelak sakan kat aku!haha..fine la,aku tau tu tahap kura-kura kan :p haha..then,malam ayah aku call,nak tanya la macam mana class aku tadi tu.aku cerita kat ayah aku,lagi sakan dia gelak kan aku!siap ulang banyak kali kot soalan dia, "ha??akak bawak 5km/h je??hahahahahahahahahaha" dialog ayah yang kejam!haha.. tak kesah la kan.asal kan aku dah berani nak drive.hehe..but still kena kasi betul2 mahir dulu,baru aku ready untuk JPJ test :D

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

CINTA MUKA BUKU

aku terjumpa story ni kat satu page ni..this couple sangat sweet sebab dorang tak pernah jumpa langsung even dah dua tahun couple.and lastly dorang dapat jugak jumpa..selama ni mereka hari-hari skype je.. :') aku pun layan la video mereka ni.video ni waktu first time dorang jumpa.i think this guy muslim kot sebab kat youtube ramai kutuk2 dia.sebab apa dia kena kutuK?nanti korang tengok la video dia ni and agama lelaki tu pun di percayai islam based on nama dia MAHATHIR (SINGAPORE) & gf dia CAMILIA (SWEDEN)..



terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Wednesday, January 18, 2012

PENGORBANAN YANG SIA-SIA !

hargailah pengorbanan seseorang itu,tanpa pertolongan & pengorbanannya,awak tak mungkin mampu berada di tahap sekarang.walaupun pengorbanan tu tak membawa kepada kejayaan,tetapi keikhlasan seseorang yang menolong kita lebih penting sebenarnya :'( 

yang kat atas ni status fb aku tadi.ye,aku sedang berduka.berduka sebab aku rasa sia-sia pengorbanan aku pada seseorang.betul cakap  pepatah 'habis madu,sepah dibuang'  masa,wang,tenaga dan segala yang aku korbankan,untuk jaga nama baik kau weyh.tapi ini yang kau balas??sumpah weyh,aku memang menyesal tolong orang macam kau yang tak kenang budi ni.aku tak harap apa-apa balasan pun.aku cuma mintak jasa aku dihargai,itu aja.aku tak mintak wang,hadiah atau apa-apa ganjaran weyh!


jangan la jadi manusia yang tak kenang jasa weyh.kelak merana hidup kau sebab nanti semua orang serik nak tolong kau.aku tau pertolongan aku tak besar mana pun.tak bawak kejayaan pun untuk kau.tapi aku tetap sentap jugak bila kau buat macam ni.seolah-olah aku tak pernah berjasa kat kau.aku sebolehnya tak nak la mengungkit.tapi kan,sebab attitude kau tu!attitude kau yang akan menyanjung orang bila orang tu bagi benefit pada kau,orang yang tak berfaedah untuk kau,kau tolak tepi je.kau pijak-pijak je kan?!


sudah la weyh,aku dah sedar dengan drama kau ni!kau jangan fikir kau hebat sangat sebab kalau betul kau hebat,kenapa kau menagih pertolongan daripada aku??aku harap kau akan tersedar juga nanti.kalau kau masih bersikap macam ni untuk selamanya,memang takkan ada orang yang memuja dan menyanjungi kau lagi.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

USAH DI LAYAN SENDU DI HATI :')

 :)











terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, January 17, 2012

ALHAMDULILLAH :D

tadi aku ada ujian undang-undang.sumpah cuak gila!dah la amoi yang kerja kat situ garang nak mampus!saja nak buat aku cuak berganda-ganda kan?first time nama aku kena panggil untuk cap jari and amek gambar.tu pun amoi tu dah guna high pitch.padahal nak suruh aku bukak spek,tu je!sangat-sangat menguji kesabaran ok!

bila kali kedua dia panggil,ok tu maknanya aku punya turn untuk test!sumpah cuak.dapat pc number two!type number ic,tangan gigil.nak tekan ok pun tak boleh sebab tak mampu nak control mouse!haha..cuak sangat tu mira..haha

ok,aku pun jawab la dengan fokus dan santai.tak nak stress2 nanti tak boleh jawab pulak kan.haha..dah siap jawab tu,aku check la balik sebab still ada masa..dah puas hati,aku pun tamat sesi.haha..maksud aku kira hantar la jawapan tu kan..

dup dap dup dap!jantung aku berdebar!taarrrrrrrrrrraaaaaaaaaaaaaa!!result keluar!hahaha..ALHAMDULILLAH,aku dapat 48/50.section B full mark,A & C ada salah satu.haha..ok la tu.bersyukur gila,keluar bilik,senyum2 je.haha.orang yang tengah tunggu giliran,pandang pelik je sebab aku senyum sorang2.bahagia ok dah lulus sebab kawan aku muhyiddin,dia amek test kali kedua tadi.tu yang aku cuak sangat.haha.terus dengan pantas aku text parents aku.haha..

malang nya,kesian sorang kawan aku ni.dia tak dapat amek test tadi sebab orang tu salah isi maklumat dia.ic number dia,tapi nama aku.so nama aku ada dua kali,dia sanggup amek test hari ni sebab nak sama dengan aku kot.kesian awak.sorry eh awak..semoga hikmah disebalik kesilapan tu buat awak lulus nanti!saya doakan :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

BILA RINDU :'(

Bila rindu ku pejam mata mengenangmu 
Seakan engkau di sisiku 
Diriku di rantau org 
Sungguh mesra pelukan mu masih terasa 
Cinta mu yg suci abadi 
Terbayang siang dan mlm 

Walaupun kini kita berjauhan 
Wajah dan senyumanmu di hatiku 
Kau tahu ku tkkan mengembara slamanya 
Tunggulah sabarlah ku kan kembali 

Bila rindu ku pejam mata mengenangmu 
Seakan engkau di sisiku 
Diriku di rantau org 

Dugaan hidup tlah kita tempuhi 
Kini semuanya tlah berlalu 
Kau tahu ku tkkan mengembara slamanya 
Tunggulah sabarlah ku kan kembali 
Oohh sygku... 

Sungguh mesra pelukan mu masih terasa 
Cinta mu yg suci abadi 
Terbayang siang dan mlm 

Walaupun kini kita berjauhan 
Wajah dan senyumanmu di hatiku 
Kau tahu ku tkkan mengembara slamanya 
Tunggulah sabarlah ku kan kembali sayangku..

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, January 15, 2012

PLEASE CHANGE YOUR MIND SET DEAR!

lately ni ramai tanya aku,sementara tunggu result ni aku tak kerja ke aand i'll say no.aku cakap la jadi suri rumah,means kemas rumah,masak,lipat baju,sidai baju bagai..als seorang,senang cerita aku buat kerja seorang suri rumah la kan..then nanti mesti dorang akan tanya balik kat aku,berapa ayah aku bagi gaji.

ok,aku bengang gila dengan orang yang tanya soalan macam tu.jangan la jadi sengal sangat weyh.yang buat kerja rumah bergaji tu adalah orang gaji ok!aku buat because that is my responsibility sebagai seorang anak perempuan ok.ok,aku admit kadang-kadang ada jugak aku rasa nak mintak upah kat parents aku,tapi bila fikir balik,aku tak perlukan upah sebab selama ni mak aku  mampu buat kerja-kerja tu semua tanpa upah.so,kenapa aku nak upah pulak kan?

lepas tu bila aku jawab takde gaji,dorang cakap "habis tu kau takde duit la ni?"hey!come on la ok..dalam akaun bank aku tu ada la!bukan nak berlagak,tapi cara dorang cakap tu macam menghina ok.macam la mak bapak aku kedekut sangat nak bagi duit kat aku ni.mak bapak aku tak macam tu ok!kalau aku nak keuar dengan kawan-kawan aku,dorang bagi la duit belanja ngek even dorang tau aku ada duit simpanan sendiri..aku memang cukup marah dengan manusia-manusia macam mereka ni.

kerja aku lagi senang ok daripada kerja kau!aku tak payah susah-susah nak punch card,nak jaga hati customer,ikut arahan bos bagai la weyh.aku nak buat kerja pukul berapa,aku punya suka.tak macam kau tu,kena ikut time kan?haha.ngek!kau tolong la ok change mind set kau tu.jangan la kau ingat asal buat kerja rumah je kena dapat gaji.habis tu nanti,bila kau dah kahwin,laki kau kena la bagi gaji kat kau??and yang lelaki pula,bila dah kahwin kena juga la bagi duit kat wife sebagai gaji dia jalankan tugas dia??

eeee....sumpah aku bengang ok!tau la kan kau tu kaya,satu rumah penuh dengan bibik kan.sebab tu dah jadi kau pun dah terbiasa dengan fikiran kau yang entah apa-apa tu kan.but please la weyh,jangau cakap ikut sedap mulut je.fikir la sikit apa yang aku buat tu atas dasar tanggungjawab aku sebagai seorang perempuan!!

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

CINTA PERTAMA ITU TAK SEMESTINYA YANG TERBAIK,TETAPI YANG PERTAMA ITU AKAN TETAP DIKENANG :)


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

MY NEW HOBBY :D

i think i have to put a new hobby when someone want my biodata..haha..hobby tu adalah main poke poke dengan awie.sumpah laju awie ni reply poke.haiyoo..sabar je la..haha..but i wont give up ok awie.haha..boleh geram sorang-sorang main poke poke dengan dia ni.haihh..sabar je mira ni.haha..tak pe awie,kita tengok one fine day nanti,siapa yang akan betul-betul give up :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

I MISS YOU SO MUCH! :'(

di saat ini,aku hanya rindu dia seorang saja.dia seorang insan yang pandai memberikan nasihat.seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup walau perlbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan.beliau seorang insan yang amat aku kagumi.sentiasa ada untuk keluarganya.seorang yang amat menitik berat hal keagamaan dalam keluarga.aku yakin,kalau dia masih ada,pasti akan aku luahkan segala masalah aku kepadanya.aku akan ceritakan setiap apa yang berlaku dalam hidup aku kepada dia.

insan yang digambarkan adalah ARWAH HAJI DAUD BIN IBRAHIM.arwah adalah datuk aku.dia seorang yang sangat penyayang.dulu masa kecik-kecik,cucu-cucu lelaki dia yang dah besar mesti kena jadi PA dia.kena ikut ida ke mana-mana kenduri atau majlis keagamaan.aku nak ikut,tapi sebab aku perempuan jadi aku tak boleh ikut.bukan apa,nanti masa kenduri tu mesti atuk aku duduk bahagian lelaki kan,tak manis la kalau aku duduk situ jugak.

dah tujuh tahun dia pergi,aku tetap rindu kan dia.masa dia kena heart attack tu,aku ada di sisi dia.aku takut & cemas sangat masa tu sampai aku tak terfikir nak call auntie,uncle and even parents aku sendiri.masa tu cuti sekolah hujung tahun,aku & adik-beradik aku tinggal kat kampung.sebab tu aku ada masa dia kena serangan.dia memang takde sakit jantung pun.serious,masa tu dia tak boleh bercakap!macam kena strok!kami tak faham apa dia cakap,tapi kami dapat dengar dia baca sepotong ayat al-Quran sambil tunjuk2 ke arah al-Quran kesayangannya :'(

seminggu dia koma d hospital,aku just dapat jengok beberapa kali je sebab aku masih kecik masa tu.tak digalakkan melawat kat CCU.one week after that,dia meninggal.SUBHANALLAH,wajah dia tersenyum.aku tidak berniat untuk riak,tapi aku sendiri terkejut.wajahnya seolah-olah dia sedang tidur dengan tenang..

aku tulis ni bukan apa,sekadar nak meluahkan kerinduan di hati sebab aku memang dah takde datuk.datuk sebelah ayah aku meninggal waktu aku umur 3 bulan,so memang aku tak sempat nak lepak-lepak dengan arwah,sebab tu aku rapat dengan datuk aku sebelah mak aku ni.

abah,kita orang semua rindu abah.rindu nak solat jemaah dengan abah,rindu nak main janggut abah.rindu nak tengok wrestling dengan abah.kita orang rindu segala-galanya pasal abah.kami sentiasa mendoakan kesejahteraan abah di sana.suatau hari nanti,kita pasti bertemua juga di alam yang kekal selamanya :'( AL-FATIHAH..


ni la dia datuk dan nenek aku :') mereka unik sebab guna panggilan "kami awak" :')

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

CINTA :)

Cinta itu sering kali mengasyikkan namun ada kala ia membuat kita lalai.Dengan itu,pastikan kita tidak terus asyik dan lalai dengan cinta.Biarlah cinta sentiasa berada di bawah kawalan kita,bukan cinta yang mengawal kita <3!

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Saturday, January 14, 2012

KETENANGAN :)








aku akan rasa sangat tenang bila aku berada kat pantai.dengan bunyi ombak dan deru angin,memang sangat mendamaikan.sesungguhnya ciptaan MU sangat hebat YA ALLAH!aku bersyukur kerana berpeluang menikmati keindahan ciptaan MU!

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

JANGAN NAK SOMBONG SANGAT LA OK!

aku bengang gila dengan species manusia yang asyik nak menyombong dengan orang je.apa kau dapat dah if kau sombong?eee...kerek sangat ok.aku bukan apa la,aku bengang sebab aku pernah kena.eh,hello!come on la,aku tak kisah pun kalau manusia-manusia macam ni berkawan dengan aku kan.tapi tolonglah weyh,bila orang senyum kat kau,kau senyum la balik.bila orang cakap terima kasih,cakap jela sama-sama.tak perlu ok nak buat muka masam kau tu.kau fikir kau cantik/handsome la dengan muka macam tu?muka korang akan lagi berseri tau bila tersenyum.ALLAH tu kurniakan mulut untuk cakap benda elok-elok,bukan untuk maki-maki atau kutuk-kutuk orang yang senyum dekat kau tu.ni tak,bila orang senyum kat kau,kau cakap orang tu gila lah,syok sendiri la apa la.haih!tak faham betul aku.come on la.senyum tu satu sedekah kot.bukan susah pun,tak luak ok tenaga kau untuk memberi/membalas senyuman.ok,post ni aku saja-saja tulis sebab ni yang berada di minda aku sekarang ye.last but not least :

senyumlah ye.tak susah pun kan :D


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

SIFAT-SIFAT WANITA DAN BANTAL :)

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal 
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat ego. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal 
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

*COPY FROM LINA :) haha..

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

ALIP & AWIE :D

tadi pergi mines..lepak dengan awie & alip..tunggu mereka sampai ada la sejam jugak kan.maklum la,kajang dengan mines kan jauh.haha.kena guna highway,highway pulak jam kan korang?haha..kejam gila ayat aku.haha..tapi aku tunggu jugak la dengan penuh kesabaran demi sahabat aku dua orang ni.haha.sampai sampai terjah mcd sebab aku tau dorang mesti kebulur.sejam kan sangkut kat highway.haha

lepas tu aku ikut la dorang ni masuk satu-satu kedai.haha.keja asyik nak pandang orang je mereka ni.haha.macam-macam la dorang survey.laptop,guitar,towel,shampoo bagai.haha.lastly si awie dah sangkut kat tempat games.haha.awie awie,kesian dia asyik kalah je kan.haha.maklum lah,button game tu rosak ye? :p

this is my first time jumpa awie ni sebab before this kita orang just poke2 kat facebook je.haha.dia ni cousin alip :) nice to be friend with him ok.haha.mesra alam gitu.haha.aku plan next time nak lepak lagi dengan mereka,but i have to make sure yang mereka ni tak lambat lagi.hahaha..btw,aku lupa betul nak amek gambar dengan mereka.so,ni jela pic aku ada.milik awie.haha

alip di sebelah kiri and aiwe di sebelah kanan :)
dorang suka gelak!best best! :)


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Friday, January 13, 2012

WONDERFUL DAY! :D

ok,petang tadi aku,qushwa and azhar lepak bersama.haha.kejap je.dalam sejam.tapi aku tak rasa samapi sejam la,40 minutes maybe.haha.cerita dia begini.time tu aku kat kajang,teman mak aku hantar adik aku pergi tusyen.then,aku dengan mak aku memang lepak kat kajang sementara tunggu dia habis tusyen sebab malas nak ulang alik kan.tiba-tiba lagu OMBAK RINDU berbunyi.haha.dengan gelabah aku angkat!

then,qushwa suruh aku call dia balik dengan segera.aku dah pelik kan.aku pun call la.tiba-tiba suara lelaki yang jawab!aku sumpah terkejut!ingatkan ayah dia angkat or something bad happen kat dia kan.rupa-rupanya si azhar yang angkat.haha.dia tanya aku ada kat mana sebab nak ajak lepak.ok,time tu aku dah rasa frust gila sebab for sure aku tak dapat join kan.yela time dia call baru pukul 3 lebih,adik aku pulak habis tusyen pukul 5.aku cakap la aku kat kajang and pukul 5 lebih baru ada rumah.he said nevermind sebab memang dia plan pukul 5 baru nak lepak!yess!aku suka.haha.

then,pukul 5.45 dia datang dengan qushwa,amek aku kat rumah! :) then,10 minutes after that baru kita orang gerak.sebab apa 10 minutes after that?haha.itu rahsia.haha.nanti azhar malu pulok.haha.kita orang beli mcd drive-thru and then lepak kat lake.tak turun pun,duduk dalam kereta je sebab hujan.haha.tapi best dowh dapat gelak-gelak :) hahaha..aku memang dah tak tahan nak gelak dengan kawan-kawan kan and ditakdirkan pulak dorang nak lepak!hehe.best gilak.

TERIMA KASIH ALLAH KERANA KURNIAKAN AKU SAHABAT-SAHABAT YANG TIDAK LUPAKAN AKU!

*gambar nanti aku letak ye.qushwa tak upload lagi :)



terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Thursday, January 12, 2012

KEKEJAMAN SI AYAH!

aku tengah fokus baca buku L ni,maklum la next week exam.tiba tiba ayah aku duduk sebelah aku.kemudian..
"tersebutlah kisah,
suatu cerita,
seorang gadis,
membaca buku panduan memandu,
bawak motor pun takut,
ada hati nak bawak kereta"
sila baca perenggan di atas dengan nada syair.haha.yes!itu yang ayah aku buat!kejam kan?perli habis dowh dia.haha.aku bukan takut bawak motor,tapi gerun je.haha.ayah aku memang suka sakat orang.haha.sabar je la kan.haha.dah la hari tu dia marah aku sebab aku asyik baca novel je,tak baca buku memandu tu.terkejut kot aku.sebab dulu masa aku sekolah dia tak pernah marah kalau aku tak study.haha.ayah aku ni aneh betul la.baiklah,aku akan berusaha untuk lulus jugak computer test tu nanti!apa apa pun,iloveyouayah!hehe

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Wednesday, January 11, 2012

SEMOGA KAU TENANG DI SANA :(

pagi tadi aku dapat text from farihah.dia cakap one of our member,azahary telah kembali ke rahmatullah.aku memang tak rapat dengan arwah,tapi aku tau dia baik.yang lagi sedih,dia baru sambut birthday dia 4 december hari tu.dia nazak dah lama,tapi kawan aku baru dapat tau dalam petang semalam la.so ramai yang plan nak ziarah dia hari ni,tapi tak sangka dia dah meninggal pukul 5 pagi tai.sakit barah tulang.dia cekal orangnya sebab even dia sakit,dia tetap teruskan sekolah dan kalau tengok gaya dia,tak nampak macam dia sedang menderita pun.cuma semalam masa dia nazak tu,ada  jugak la kawan kawan yang sempat tengok dia sebelum dia  hembuskan nafas terakhir.dorang cakap arwah memang dah tak boleh bagi respon langsung.

azahary,even kita tak rapat,tapi aku tetap rasa kehilangan kau weyh.aku sedih sebab dalam usia muda kau dah mengadap ILLAHI.tapi daripada kau terus menderita sakit tu,lebih baik kau pergi kawan.aku yakin,ini jalan terbaik dariNYA untuk menghilangkan kesakitan kau selama ni kan?kami redha atas pemergianmu sahabat.kami mendoakan agar kau aman dan tergolong dalam golongan para solihin.kami pasti akan merinduimu :'(

AL-FATIHAH BUAT MUHAMAD AZAHARI BIN MAD SAID.
4 DECEMBER 1994 - 12 JANUARI 2010.
KAU AKAN TETAP DIINGATI.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

UPU FASA DUA

aku tak isi lagi UPU fasa dua ni.bukan apa,dia nak 8 pilihan kan?so,aku baru ada 3 kot.haha.biar aku fikir masak masak dulu.ikut kan hati aku nak letak je kemahiran rumah tangga.haha.maklum la,nanti senang sikit.haha.aku pun tension sebenarnya nak pilih ni.aku dah cakap kat mak ayah aku,susah sangat aku isi borang kursus kahwin dengan borang nikah.haha.geram je mak ayah aku dengar.haha.aku harap sangat dapat petunjuk dari ALLAH untuk permudahkan aku isi borang ni.AMINN~~

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

TERGAMAK KAU!

tergamak kan kau pergi plkn tak bagi tau aku.weyh bongek,kau tau tak aku rindu kau?patut la aku call & text kau no respon.kentut busuk betul kau ni tau.cakap kawan,tapi tak bagi tau aku pun.nasib baik aku tergerak stalker fb kau tau.hish.sedihnya hati aku.kau dah tak nak kawan dengan aku kan sebenarnya?sebab tu kau bla senyap senyap je.aku tau,kat sana tu mesti kau ramai kawan kan?takpe la weyh.aku tunggu kau balik ok?sebab kau tetap kawan aku sampai bila-bila.tapi kalau kau dah balik nanti,kau dah tak nak kawan dengan aku,kau dah lupakan aku,takpe.aku pasrah dan redha.yang pasti,aku tak akan delete kau dalam list sahabat sahabat aku :) aku doakan kau enjoy and selamat kat sana ok!sayang kau bongek!
terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, January 10, 2012

PERKARA-PERKARA YANG DIRINDUI :(

  1. aku rindu nak makan sama sama dengan kawan kawan masa tadika dulu.baca doa ramai ramai.
  2. aku rindu nak duduk kat meja dan kerusi tadika aku sebab meja dengan kerusi tu rendah je,comel gitu.
  3. aku rindu nak tunggu bus sama sama kat bus stop tepi longkang besar tu.
  4. aku rindu nak pergi sekolah rendah naik basikal ramai ramai dengan budak PULAPAH.
  5. aku rindu nak ada tusyen malam malam masa darjah enam.
  6. aku rindu nak lepak kat makmal komputer ramai ramai dengan CIKGU KHAIRIL macam lepas UPSR dulu.
  7. aku rindu nak naik atas pentas perhimpunan,bagi arahan masa beratur waktu darjah enam.
  8. aku rindu tengok muka sahabat sahabat aku yang aku kenal dari kecil.
  9. aku rindu nak main batu seremban & galah panjang dengan korang korang yang bergelar pelajar sekolah pulapah.
  10. aku rindu nak gelak gelak & nangis nangis bersama PIKA & ZATY.
  11. aku rindu nak gaduh dengan BAI.
  12. aku rindu nak tengok style FARISH ke sekolah.haha.
  13. aku rindu nak jalan jalan dekat sekolah dengan BAI,ZATY & FARISH sebab kami classmates :)
  14. aku rindu nak  dengar PIKA berceloteh.
  15. aku rindu kakak kakak senior yang aku rapat masa form 1.
  16. aku rindu sahabat sahabat SMK BK.
  17. aku rindu nak pergi sekolah naik trak masa sekolah menengah.
  18. aku rindu nak lari lari rebut naik bus bila balik sekolah rendah dulu.
aku rindu setiap saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun dan segalanya yang berlaku bersama semua sahabat sahabat tercinta aku.aku rindu setiap insan yang selalu ada untuk gelak dan menangis bersama aku.aku rindu kalian semua :'(

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Monday, January 9, 2012

SEBAK :'(

AKU BARU JE TENGOK DUA VIDEO NI.VIDEO NI SANGAT SANGAT SWEET!AKU SEBAK SEBAB ENTAH LA.MUNGKIN SEBAB AKU SEORANG GADIS,HATI MUDAH TERSENTUH KOT.SO,KORANG TENGOK LA  OK :)
ni dari boyfriend <3


sorry,aku tak jumpa video dari girlfriend dia.so aku bagi link eh :

layan ok! <3

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

STATUS FACEBOOK :)

tadi,aku baru je update status yang panjang berjela kat fb.haha.aku ingat takde sape nak baca sebab panjang kan.tapi tengok tengok pika siap RT lagi.haha.bajet tweeter pulak kau kan!haha.ok,sebenarnya status tu aku saja saja je tulis sebab lately ni aku macam asyik dapat berita hati gadis dipermainkan.so,aku pun saja nak tulis sebagai peringatan kepada lelaki lelaki yang rasa macam bangga bila mainkan hati orang tu.siapa makan cili,dia terasa pedasnya :)

so,kalau kau tak buat,kau duduk diam diam.jangan nak melenting lebih eh.sebenarnya aku pun tak faham dengan sesetengah lelaki yang bersikap macam ni.yela,diorang macam tak appreciate kot ciptaan ALLAH bernama wanita ni.wanita ni dicipta untuk dihargai bukan untuk di sakiti  sebab tanpa wanita,maka tak lengkaplah hidup seorang lelaki.lagi pun,aku yakin ramai pernah dengar ayat ni "di sebalik kejayaan seorang lelaki,pasti ada seorang wanita di belakangnya" maksudnya,setiap apa kejayaan lelaki tu mesti ada wanita yang membantu.

kenapa aku cakap macam tu?ok,sebagai contoh CEO syarikat la.kat office,secretary dia wanita.si pembantu ni la yang uruskan meeting,appoiment,pelancaran produk dan sebagainya.kat rumah,wife dia yang akan uruskan makan,minum,pakai,kesihatan dia bagai.kat office dia,yang buat air untuk dia sape lagi kalau bukan tea lady kan?so,nampak tak sebenarnya dengan kehadiran wanita dalam hidup seorang lelaki tu,perjalanan hidup lagi mudah sebab ada yang membantu.

sebab tu lah awal awal tadi aku cakap aku tak faham kenapa masih wujud golongan lelaki yang tak hargai wanita ni.tolonglah syukur sikit nikmat ALLAH ni ok bila ada yang menyayangi dan mencintai kau wahai kaum adam.memang la kebanyakan perempuan cepat cair tengok lelaki kacak.tapi tu tak semestinya bermakna dia akan sayang lelaki tu ok.weyh,ingat senang ke perempuan nak sayang dan cintakan lelaki?susah ok.suka lelaki memang senang,tapi sayang dan cinta memang susah.believe me ok.please eh,hargai wanita. :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, January 8, 2012

ANIS NAJIHAH :)

anis :) sahabat aku since form two.tapi masa tu kita orang tak rapat sengat sebab lain lain kelas.form three,kita orang dapat sama sama class but still tak rapat sangat.tapi lama lama kita orang ngam habis.pergi and balik sekolah sama sama lagi tau :) result PMR pun sama!haha..rumah dia ni dekat je dengan rumah aku.dekat sangat sangat but still susah nak jumpa since habis sekolah ni.sebab masing  masing malas nak jalan kaki atas faktor faktor tertentu.hehe.

3 JAN hari tu birthday dia.aku bagi hadiah lambat,6 JAN baru bagi.haha.sorry anis,lambat pulok bagi.haha.kita orang ni banyaj chemistry.haha.sama sama tekak melayu,sama sama tak suka seseorang.bukan sebab kami saling menghasuti tapi sebab kami ni memang pilih kawan mengikut ciri ciri tertentu.haha.banyak benda aku cerita kat dia ni.

form four kita orang dah tak sama class sebab aku nak amik akaun,but our friendship masih kekal until now ok.dia ni seorang yang lemah lembut,aku pulak tak macam ni.haha.lagi satu,dia ni ustazah pilihan,banyak tahu pasal agama sedangkan aku ni biasa biasa je but alhamdulillah dia still terima aku sebagai kawan :)





ni la anis.yang baju kelabu tu ye.haha.ni gambar masa form three.
sayanganissangatsangatok!bffselamanya! <3


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

BEZA ANTARA LELAKI DAN WANITA

PERIHAL LELAKI:-

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya sendiri yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. :)

PERIHAL WANITA:-

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
  1. Ibunya
  2. Isterinya
  3. Anak Perempuannya
  4. Saudara Perempuannya
Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini:
  1. Suaminya
  2. Ayahnya
  3. Anak lelakinya
  4. Saudara lelakinya
Seseorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yangg disukainya apabila wanita itu cukup dengan 4 syarat ini:
  1. Sembahyang 5 Waktunya Di Jaga
  2. Puasa di Bulan Ramadhan Dengan Istiqamah
  3. Taat Kepada Si Suaminya
  4. Menjaga Kehormatan Dirinya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita.. :)

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah. Maka dengan sebab itu, DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing-masing antara lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-NYA.
“Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukan-Nya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmat-Nya.

Pada hari itu (Hari Kiamat), manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan anggota badan manusia itu juga menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri..”
(AL-IMRAN : 103)


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Saturday, January 7, 2012

THANKS UMMI AND AYAH :D

thanks sangat sangat ye ummi dan ayah sebab beli kan akak jam baru!really love it.jangan risau,akak akan jaga jam tu sampai akak kahwin nanti.sebab apa sampai kahwin?sebab,bula kahwin nanti kena la pakai jam hantaran.macam ombak rindu gitu..haha.

tapi tu tak bermakna aku akan buang jam yang parents aku belikan ni nanti.aku tetap akan pakai jugak,maksud aku sampai kahwin yang sebenarnya adalah aku akan jaga jam ni betul betul selama mungkin.yela,aku sendiri tak tau kan bila akan kahwin,so maksudnya selama mana aku mampu la and aku akan pastikan aku tak beli jam lain lagi.ok,memang aku yang mintak parents aku belikan jam tu.to be honest,aku bukan anak yang suka meminta minta.

ada la juga aku mintak handphone,ipad,ipod semua tu.tapi tu just cakap cakap kosng je sebab aku tau mak ayah aku kerja susah payah and gaji tu diorang spend  untuk everything yang mampu beri keselesaan untuk aku and adik beradik.kalau beli benda benda tu pada aku tak perlu,lebih baik duit beli barang tu guna untuk bayar duit tusyen,makan makan or anything yang berfaedah la.lagi pun parents aku memang tak didik kami adik beradik untuk hidup mewah.handphone pun kami beli sendiri.first handphone je mak ayah aku belikan.bila rosak,sendiri beli la.

sebenarnya bila aku fikir,bagus juga aku di didik macam tu.sebab kalau mewah mewah ni aku takut nanti aku jadi riak,takbur,lupa diri dan macam macam la benda negatif dalam diri aku.baju baju yang aku pakai pun boleh kira berapa helai je je yang atas rm50 weyh.lagi pun aku tak nak la susahkan parents aku.so,aku adik beradik kalau nak apa apa memang kita orang akan usaha sendiri beli benda tu.parents aku akan belikan something yang really really useful je untuk kami.even benda tu mahal,tapi kalau berfaedah,dia akan belikan.so,itulah cari hidup aku :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

PERGADUHAN SEPASANG KEKASIH :D

ok,tadi aku pergi kl.gila sesak nak mampus.sejam ok aku stuck dekat jalan TAR semata mata nak pergi tempat parking untuk park kereta sebab nak beli something kat sogo.so,dalam sesak sesak tu,aku pun dok usha usha la kereta sebelah kan.mana tau ada mamat kacak kenyit mata kat aku ke.haha.boleh aku balas balik kan.haha.ok,tengok tajuk balik.sebenarnya aku nak story pasal satu incident ni.

kisah bermula ketika traffic light warna merah,so aku toleh sebelah.tengok ada satu couple ni macam tengah gaduh.gadis tu tengah cakap sambil hentak hentak tangan kat dashboard.haha.serious betul muka dia ok.muka lelaki tu pun tegang habis.haha.kesian kot laki tu,yela tengah traffic jam,awek boleh pula gaduh gaduh kan.memang stress gila la kan.then si awek ni siap pegang pegang satu handphone ni,tunjuk tunjuk kat laki tu.tapi laki tu diam je.dia biar je awek tu bebel sorang sorang.haha.

then,tak lama lepas tu,laki ni pun bersuara la.dengan muka yang serious ok.lepas tu handphone yang awek tu pegang di mana dipercayai milik si lelaki sudah berada di tangan lelaki tersebut.pergaduhan masih  berterusan.haha.aku dengan family dalam kereta ni,hanya mampu memandang sayu pada si jejaka.sebabnya,ok even kalau si lelaki salah pun tapi awek tu jangan la nak gaduh gaduh time traffic jam.stress kot laki tu.faham la sikit ok.takut nanti silap silap dia stop tepi jalan,suruh awek tu turun,balik sendiri.kan naya,haha..

beberapa minit lepas tu,laki tu terus bawa kereta dengan laju dan meninggalkan kami yang tergapai gapai sebab nak tau apa ending.haha.the end.haha :)
terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Thursday, January 5, 2012

BAHAGIA :)

aku tengah bosan.so aku pun dok jadi stalker la kan.haha.aku tengok makin ramai orang yang bahagia sekarang.ALHAMDULILLAH.aku pun tumpang bahagia bila kenalan kenalan aku bahagia.ada yang bahagia dengan family,dengan kawan kawan and of course dengan kekasih hati la kan paling ramai.maklum la,masing masing dah habis sekolah kan.congrates ok untuk anda semua.aku?ALHAMDULILLAH,aku pun bahagia juga bersama keluarga tercinta dan ZAMIR.ops!hahaha..ok,itu angau je ok.haha..gedik sudah kan.haha.ok,pada yang tengah bahagia,teruskan berbahagia.pada yang tak bahagia tu,usah risau,di sebalik sinaran kelam,pasti akan muncul sinaran kebahagiaan. :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

HIDUP KENA BERDIKARI :)

ok,tadi pergi dengar ceramah lesen yang 5 jam tu.im alone.mula mula hari tu dah semangat nak amek dengan izzati,tapi ada sebab sebab tertentu,terpkasa kami clash.yup!we are officialy clash!haha..bongok.pakcik tu ambil aku pukul 7.30 pagi.gila awal kan!aku ingat dia amek awal sebab class start awal,rupa rupanya kena ikut dia pergi office dia dulu,ambil budak kat bandar tun razak,then pusing balik pergi suasana ambil lagi seorang budak.then baru la pergi dengar ceramah tu kat mahkota cheras.di sebabkan aku alone,aku duduk la depan sekali.haha.semangat sebenarnya.and ada je budak budak aku kenal,tapi semua aku tak rapat.so,what to do,kena la berdikari :) waktu rehat,aku keluar sorang sorang,tinggal kan kawan aku yang sama sama datang tu,tapi tengok tengok dia nak rehat dengan aku.ok,aku ada geng.haha.pergi solat pun sama sama.tapi kita orang tak duduk sama sama pun dalam class.nasib baik dua dua cikgu tu funny,tak la ngantok sangat kan. :) and nasib baik masa cikgu panggil aku untuk tunjuk arah yang betul untuk kereta bergerak kat bulatan 2 arah (roundabout) tu,dia cakap aku pemandu yang lulus.ok,harap harap termakbul cakap dia tu :) lepas tu,rabu next week dah kena amek test undang undang.gila takot sebab aku tak tau nak baca apa dalam buku tu.haha.abang aku cakap buat latihan dalam buku and cd.ok along,i'll try my best.really hope aku boleh pass!cuak dowh aku.haha.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, January 3, 2012

BUDAK SENGAL!

hari tu aku tengah online,and then ada la sorang mamat ni tiba tiba IM aku.aku ragu ragu nak reply ke tak kan sebab tu our first time la ber-IM ni kan.tapi aku fikir,tak pe la,balas je.then aku pun reply,kita orang borak borak la tanya umur bagai kan.dia cak umur dia '19 syg' lepas tu dia cakap sorry,19.perkataan sayang tu dah hilang.maka dapatlah aku kenal pasti dia ni lelaki tak boleh percaya sebab baru 3 minit chat dah gatal kan.dalam 20 minit lepas tu dia tanya aku ada boyfriend ke tak,aku cakap jela tak.and then dia bagi klu macam dia nak usha aku la.aku pun berlakon jadi budak blur sampi la dia cakap betul betul.aku dah agak dah.dia cakap nak jadi lebih daripada seorang kawan.ok,memang tak boleh percaya la kan.

aku pun buat buat la tak paham.konon konon ingat nak jadi kawan rapat.haha.aku cuba ubah topik.tiba tiba dia tanya aku sudi tak suap dia makan sebab masa tu kita orang cakap pasal ayam dan ikan.haha.aku cakap la,kalau lelaki tu suami aku,boleh la aku buatkan.tapi kalau setakat dalam relationship yang tak pasti lagi lelaki tu jadi suami aku ke tak,aku cakap la aku taknak la suap suap bagai kan.then dia taching.haha.aku saja nak bagi dia cepat cepat bla,tak ganggu aku lagi.aku pun tambah la ayat "saya tak bukan apa,saya tak nak dilukai lagi.so,sebab tu lah saya kena berhati hati.tak nak berterusan menjadi mangsa cinta" haha.ayat aku tak boleh blah.bercinta pun tak pernah,nak jadi mangsa pula kan.haha.saja je tipu untuk selamatkan diri.then dia makin taching.haha.dia cakap sorry sebab ganggu aku bagai.untuk tak nak nampak sangat aku ni malas nak layan dia,aku pun cakap la aku selesa kawan dengan dia,dia tak ganggu aku bagai.haha.aku pun say sorry jugak la sebab buat dia sentap.haha.konon je aku cakap macam tu.then dia tak reply.semalam aku tengok dia terus remove aku dari friends list dia.haha.lega gila aku rasa.haha.

aku post ni bukan untuk bajet hot,tapi dah nama blog aku kan,so,aku punya suka la nak tulis apa :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae