Wednesday, January 18, 2012

PENGORBANAN YANG SIA-SIA !

hargailah pengorbanan seseorang itu,tanpa pertolongan & pengorbanannya,awak tak mungkin mampu berada di tahap sekarang.walaupun pengorbanan tu tak membawa kepada kejayaan,tetapi keikhlasan seseorang yang menolong kita lebih penting sebenarnya :'( 

yang kat atas ni status fb aku tadi.ye,aku sedang berduka.berduka sebab aku rasa sia-sia pengorbanan aku pada seseorang.betul cakap  pepatah 'habis madu,sepah dibuang'  masa,wang,tenaga dan segala yang aku korbankan,untuk jaga nama baik kau weyh.tapi ini yang kau balas??sumpah weyh,aku memang menyesal tolong orang macam kau yang tak kenang budi ni.aku tak harap apa-apa balasan pun.aku cuma mintak jasa aku dihargai,itu aja.aku tak mintak wang,hadiah atau apa-apa ganjaran weyh!


jangan la jadi manusia yang tak kenang jasa weyh.kelak merana hidup kau sebab nanti semua orang serik nak tolong kau.aku tau pertolongan aku tak besar mana pun.tak bawak kejayaan pun untuk kau.tapi aku tetap sentap jugak bila kau buat macam ni.seolah-olah aku tak pernah berjasa kat kau.aku sebolehnya tak nak la mengungkit.tapi kan,sebab attitude kau tu!attitude kau yang akan menyanjung orang bila orang tu bagi benefit pada kau,orang yang tak berfaedah untuk kau,kau tolak tepi je.kau pijak-pijak je kan?!


sudah la weyh,aku dah sedar dengan drama kau ni!kau jangan fikir kau hebat sangat sebab kalau betul kau hebat,kenapa kau menagih pertolongan daripada aku??aku harap kau akan tersedar juga nanti.kalau kau masih bersikap macam ni untuk selamanya,memang takkan ada orang yang memuja dan menyanjungi kau lagi.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

No comments:

Post a Comment