Tuesday, January 10, 2012

PERKARA-PERKARA YANG DIRINDUI :(

  1. aku rindu nak makan sama sama dengan kawan kawan masa tadika dulu.baca doa ramai ramai.
  2. aku rindu nak duduk kat meja dan kerusi tadika aku sebab meja dengan kerusi tu rendah je,comel gitu.
  3. aku rindu nak tunggu bus sama sama kat bus stop tepi longkang besar tu.
  4. aku rindu nak pergi sekolah rendah naik basikal ramai ramai dengan budak PULAPAH.
  5. aku rindu nak ada tusyen malam malam masa darjah enam.
  6. aku rindu nak lepak kat makmal komputer ramai ramai dengan CIKGU KHAIRIL macam lepas UPSR dulu.
  7. aku rindu nak naik atas pentas perhimpunan,bagi arahan masa beratur waktu darjah enam.
  8. aku rindu tengok muka sahabat sahabat aku yang aku kenal dari kecil.
  9. aku rindu nak main batu seremban & galah panjang dengan korang korang yang bergelar pelajar sekolah pulapah.
  10. aku rindu nak gelak gelak & nangis nangis bersama PIKA & ZATY.
  11. aku rindu nak gaduh dengan BAI.
  12. aku rindu nak tengok style FARISH ke sekolah.haha.
  13. aku rindu nak jalan jalan dekat sekolah dengan BAI,ZATY & FARISH sebab kami classmates :)
  14. aku rindu nak  dengar PIKA berceloteh.
  15. aku rindu kakak kakak senior yang aku rapat masa form 1.
  16. aku rindu sahabat sahabat SMK BK.
  17. aku rindu nak pergi sekolah naik trak masa sekolah menengah.
  18. aku rindu nak lari lari rebut naik bus bila balik sekolah rendah dulu.
aku rindu setiap saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun dan segalanya yang berlaku bersama semua sahabat sahabat tercinta aku.aku rindu setiap insan yang selalu ada untuk gelak dan menangis bersama aku.aku rindu kalian semua :'(

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

2 comments: