Sunday, January 15, 2012

I MISS YOU SO MUCH! :'(

di saat ini,aku hanya rindu dia seorang saja.dia seorang insan yang pandai memberikan nasihat.seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup walau perlbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan.beliau seorang insan yang amat aku kagumi.sentiasa ada untuk keluarganya.seorang yang amat menitik berat hal keagamaan dalam keluarga.aku yakin,kalau dia masih ada,pasti akan aku luahkan segala masalah aku kepadanya.aku akan ceritakan setiap apa yang berlaku dalam hidup aku kepada dia.

insan yang digambarkan adalah ARWAH HAJI DAUD BIN IBRAHIM.arwah adalah datuk aku.dia seorang yang sangat penyayang.dulu masa kecik-kecik,cucu-cucu lelaki dia yang dah besar mesti kena jadi PA dia.kena ikut ida ke mana-mana kenduri atau majlis keagamaan.aku nak ikut,tapi sebab aku perempuan jadi aku tak boleh ikut.bukan apa,nanti masa kenduri tu mesti atuk aku duduk bahagian lelaki kan,tak manis la kalau aku duduk situ jugak.

dah tujuh tahun dia pergi,aku tetap rindu kan dia.masa dia kena heart attack tu,aku ada di sisi dia.aku takut & cemas sangat masa tu sampai aku tak terfikir nak call auntie,uncle and even parents aku sendiri.masa tu cuti sekolah hujung tahun,aku & adik-beradik aku tinggal kat kampung.sebab tu aku ada masa dia kena serangan.dia memang takde sakit jantung pun.serious,masa tu dia tak boleh bercakap!macam kena strok!kami tak faham apa dia cakap,tapi kami dapat dengar dia baca sepotong ayat al-Quran sambil tunjuk2 ke arah al-Quran kesayangannya :'(

seminggu dia koma d hospital,aku just dapat jengok beberapa kali je sebab aku masih kecik masa tu.tak digalakkan melawat kat CCU.one week after that,dia meninggal.SUBHANALLAH,wajah dia tersenyum.aku tidak berniat untuk riak,tapi aku sendiri terkejut.wajahnya seolah-olah dia sedang tidur dengan tenang..

aku tulis ni bukan apa,sekadar nak meluahkan kerinduan di hati sebab aku memang dah takde datuk.datuk sebelah ayah aku meninggal waktu aku umur 3 bulan,so memang aku tak sempat nak lepak-lepak dengan arwah,sebab tu aku rapat dengan datuk aku sebelah mak aku ni.

abah,kita orang semua rindu abah.rindu nak solat jemaah dengan abah,rindu nak main janggut abah.rindu nak tengok wrestling dengan abah.kita orang rindu segala-galanya pasal abah.kami sentiasa mendoakan kesejahteraan abah di sana.suatau hari nanti,kita pasti bertemua juga di alam yang kekal selamanya :'( AL-FATIHAH..


ni la dia datuk dan nenek aku :') mereka unik sebab guna panggilan "kami awak" :')

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

2 comments:

  1. comel lah atuk dengan nenek kau. rindu datuk dengan nenek aku.. em. al fatihah untuk atuk kamuuu =')

    ReplyDelete
  2. siraj : thanks beb!sebab dorang comel la aku pun jadi comel :) haha..

    ReplyDelete