Monday, May 6, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU :)

Assalamualaikum.

This post special Mira tujukan buat kakak yang comel lagi manis, Nur Elmira. Insan yang tak pernah aku bersua muka namun aku rasa seolah-olah dia ni insan yang sangat dekat dalam hidup aku. Perkenalan bermula zaman myspace,sambung ke facebook sampai la ke twitter. 

Macam-macam cerita aku share dengan dia. Pada mulanya,aku add dia as a friend kat myspace sebab dia futher study dalam course Accounting which is course yang aku amek sekarang. So niat aku add dia nak tanya serba sikit la pasal course tu bagaikan. Then tuptap sampai la ke soal hati dan sewaktu dengannya. Seriosuly tak sangka anda sangat peramah ye wahai PUAN ELMIRA. Hehe

Beralih pula ke zaman facebook. Zaman ni banyak DM. Actually ada ketika aku menangis masa DM dengan dia. Tak kira la masa tu cerita tentang aku atau dia. Urghhhh. The best part masa kita kenal,the moment when you finally berhijab tu adalah masa yang sangat Mira syukur dan terharu :) Seriously i feel so close with you sys. Feel like kita dah kenal sangat lama dan banyak kali jumpa.

And finally, after every thick and thin yang dia lalui dalam hidup dia, she get married with someone yang telah ditentukan Allah sebagai khalifah yang akan bimbing dia hingga ke syurga. InsyaAllah. Oh ye,this is the second moment in her life yang aku terharu again. Unfortunately, aku tak dapat datang hari paling istimewa in   her life. Im really sorry my dear sys :(

Dear Puan Elmira, im glad you finally married. Alhamdulillah. Tahniah kak :) Sekarang hidup akak dah totally change. Bukan sahaja tittle Cik -> Puan, tapi akak dah ada dua keluarga,dah ada seseorang yang akan 24/7 teman akak,kena mintak izin nak pergi mana-mana. Ok dah. Nanti lagi banyak Mira bebel macam orang dah ada pengalaman pula. Hehe.

Mira doakan supaya kebahagiaan akak dan suami kekal selamanya. Jadilah isteri dan ibu yang solehah. Any tips nanti share ok! Haha. Semoga takde lagi airmata sedih yang mengalir. Mira tetap doakan kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga akak even Mira tak pernah jumpa akak dan tak dapat datang on your wedding day. Im really sorry. Mira harap kita still boleh rapat macam mana kita rapat sebelum ni. Ikhlas dari hati Mira,sebenarnya Mira sayang akak macam kakak kandung Mira. Maybe sebab Mira takde kakak,then you are the one who is older than me but perangai still gila-gila kot. Ohmyy. I dont know why Im crying while writing this post. I should be happy actually. Urghh. Ok,maybe ni airmata kegembiraan for you. I mean for both of you :) Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta comel lagi ayu like me! Haha. Ok,insyaAllah one fine day we will meet. Selamat Pengantin Baru Puan Elmira dan suami :)





terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, April 28, 2013

KISAH SEMESTER 1

Assalamualaikum. 

Semester 1 telah berjaya aku tempuhi dengan jayanya.Haha.Bukan angkuh,tapi aku sendiri tak percaya dengan diri aku sebenarnya.

First week sure busy dengan MDS.Penat tapi best.Lepas tu start la life as a campus student.Bangun,mandi,pergi class,lunch,class,balik kolej.Tu rutin harian :) Sabtu ahad tidur lambat bangun lambat.Tipu la kalau ada yang tak pernah buat ni kan?Hehe.

Masa terus berlalu,bumi masih berputar,matahari tetap bersinar,bulan tetap muncul,final exam pun tiba.Seriously masa ni sangat cuak.Yela,carrymarak tak berapa nak mantap,dalam class pula ada masa focus ada masa tak.So time final kena pulun habis la.Study sungguh-sungguh dengan Nadia & Farah.Both of them tak sama course dengan aku,but we still study together.

Masa study tu,macam-macam dugaan datang.Mengantuk,lapar,bosan,sakit semua ada.Sambil belajar sambil layan movie,masak bagai.Haha.Study dari lepas zohor sampai lepas subuh.Masa ni sangat best.Bila azan subuh,terus stop study.Pergi mandi,solat,then tidur.Bangun pukul 12,basuh muka,turun IFC,makan,solat zohor then sambung study.Seriously jadual tidur berterabur.Kadang-kadang makan pun sekali je.Bukan apa,malas nak turun beli makanan.

Oh ye,roommate aku sangat best & sporting.Even dia senior,tapi layan je kepala aku.Bila kawan-kawan aku datang lepak bilik,dia pun join lepak gossip bagai.Haha.Kak Iza ni baik,tapi aku banyak racun dia jadi tak baik.Haha.Biasala,Mira kan memang macam ni.

Classmates pula awesome belaka.4 orang je lelaki.Lain semua perempuan.Tapi tu tak jadi masalah.Kita orang gaul je dengan semua orang :) Masa ni juga one of my classmate,Syuhada who is one of my bff dapat offer further study kat China.Seriously sangat sedih tapi apa boleh buat,tu ketentuan hidup dia.Sedih sangat masa hari dia pergi.Tolong dia angkat barang semua.Last sekali Ain,Wina,Syuh & aku hug together dan menangis bersama :')

So,inilah serba sikit cerita masa Part 1 dulu.Zaman masih ikut peraturan,masih muka innocent,masih merenung jejaka-jejaka kacak dari jauh.Hahahaha.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

SETELAH SEKIAN LAMA

Seriously dah lama gila tak update blog.Haha.Bajet busy je sejak dah bergelar mahasiswi.Padahal orang lain boleh je update blog even busy dengan study.Bukan apa,aku kat UiTM tak guna broadband.Nak harapkan WiFi untuk online,esok pun belum tentu boleh post.Hehe.So aku decide aku nak aktifkan balik blog ni :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae