Sunday, April 29, 2012

LOVEY DOVEY

lately ni aku selalu post pasal sahabatkan. bukan apa, ramai sahabat aku akan ke PLKN dan sambung belajar. yang mana masuk PLKN ni, nanti bila dorang keluar aku pulak yang dah sambung belajar, insyaALLAH.

so, di kesempatan yang ada ini, before korang busy, before korang takde masa nak baca, baik aku tulis apa yang aku nak sampaikan pada korang dulu :) harap korang sudilah baca <3

firstly, aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. maaf zahir dan batin. im just ordinary person, hamba yang banyak melakukan salah secara sedar dan tidak. aku harap kalian ikhlas maafkan aku sebab aku takut kalau aku mati dulu dari kalian dan kita tak sempat untuk saling mohon maaf. maaf aku dari lubuk hatimu yang ikhlas :')

next, aku harap korang halalkan segala makan minum dan duit yang korang bagi kat aku. siapa-siapa yang aku bedal makanan dia, bekal korang sume tu, halalkan ok. maklumlah, aku ni kan pencinta makanan. kalau korang ada belanja aku apa-apa samada korang ikhlas atau aku yang mintak, again, please halalkan dengan sepenuh hati korang ok. sape nak kan darah dalam badan dia darah haram? :)

thirdly, halalkan ilmu yang korang bagi kat aku. pada sape-sape yang pernah ajar aku, aku sangat hargai ilmu korang tu. korang halalkan eh? aku ni memang sangat lemah dalam semua perkara, sebab tu aku tanya kat korang segala macam soalan yang bercelaru dalam otak aku. terima kasih kalian. halalkan ilmu tu selamanya. aku doakan ALLAH memberi kejayaan berterusan dalam hidup korang :)

aku mohon sepanjang perkenalan kita ni, korang ikhlas, benar-benar ikhlas berkawan dengan aku. betul-betul terima aku sebab aku seadanya, sebab aku adalah SITI AMIRAH BINTI ALI. bukan sebab simpati bagai ok. keikhlasan korang tu aku tak boleh nak ukur, sebab perasaan tu lahir dari hati.

no matter what happen after this, please remember me as one of your friend. kawan yang sangat annoying, menyusahkan, membebankan but at the same time membantu, menceriakan korang dan melengkapkan hari korang. hehe. perasan je ;p

last but not least, this song special for you :) aku taknak letak lagu sedih-sedih sebab cukuplah aku berendam air mata taip entry ni :') aku doakan korang berjaya dan bahagia selamanya. aku sayang korang <3 


love,    
mira mirae

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Friday, April 27, 2012

GONNA MISS YOU GUYS ;')











korang semua belum pergi jauh dari aku lagi pun aku dah rindukan korang sangat-sangat :(

YA ALLAH,KAU KUKUHKANLAH PERSAHABATAN KAMI. KAU ERATKANLAH HUBUNGAN KAMI.KEKALKAN HUBUNGAN INI SEHINGGA JANNAH YA RABBI.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Saturday, April 21, 2012

BAGAN LALANG :)

petang tadi, lepas asar aku and family gerak pergi Bagan Lalang sebab nak makan seafood. ya ampunnn, punya la jauhh. dua jam weyh nak ke sana. masa tu rasa macam nak suruh pasang sayap kat kereta, then biar fly je. hahaha

Alhamduliilah, finally sampai pun. haha. perghh, excited gila aku tengok tempat tu sebab ada pantai :) i love pantai sangat2! rasa macam taknak makan je, nak duduk kat pantai tu. lagipun aku bukan boleh makan seafood. 

lepas order,aku ajak adik aku pergi pantai sebab masa tu dah nak sunset. masa yang aku idam-idamkan!! aku memang nak sangat2 tengok sunset and sunrise! Alhamdulillah, dapat tengok sunset tadi :) indah sangat ciptaan ALLAH. aku ada snap pic,sila la tengok :




suka sangat dapat amek gambar cenggini :) lama dah mengidam <3 hehe. perjalanan 2 jam, tunggu makanan sampai 1 jam setengah sebab orang sumpah ramai. then balik 2 jam. tapi saya happy sebab dapat tengok sunset and dapat jumpa awak! hahaha. ok lah, ada umur, ada jodoh, ada takdir, kita jumpa lagi ye 'seafood'.


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

PLKN!

memandangkan Izaty nak join PLKN 1 Mei ni, maka tadi aku pun follow la dia beli few things yang diperlukan. act ni plan last minute. sebab around 1 pagi baru dia inform and ajak aku. hehe. aku pun follow je. kami pergi bersama Mummy Normala. haha. hamboi! bukan main. haha. Mummy Normala tu mak zaty la. hehe

then pukul 12 kita orang gerak la ke JJ. si minah ni boleh pulak nak bakul pink, hanger pink, towel pink bagai. haihhh. sangat perempuan la dia ni. haha. aku pun selaku pembantu dia, maka redha je dengan pilihan dia.tahan je sakit mata ni. haha

dah shopping sume, misi mengisi perut. part paling best! haha. bila dah sudah makan, YA ALLAH, penuh gila perut. maklum la, tadi lapar sangat-sangat. haha.

so Izaty, bila kau nak lap muka, ingat aku. bila nak basuh baju, ingat aku. bila nak berus gigi, ingat aku. bila nak sidai baju, pun ingat aku sebab segala barang tu kita beli bersama <3 aku tunggu kau balikkk ! <3


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, April 17, 2012

PLEASE TAKE NOTE THAT I REALLY LOVE YOU AND NEED YOU IN MY LIFE!

satu ukhwah yang tidak dirancang terjalin. ukhwah yang tidak disangak wujud. ukhwah yang berkekalan selamanya hendaknya. ukhwah yang aku fokuskan lebih kepada persahabatan. setiap apa yang dilakukan dan terjadi dalam hidup seorang manusia adalah ketentuan ALLAH. kita sebagai hamba yang lemah, tak terdaya untuk menghalang takdir hidup kita.

setiap perkenalan dan persahabatan yang aku tempuhi for sure diwarnai dengan suka dan duka. dikhianati tu memang sering terjadi pada aku :) pada mulanya aku sangat-sangat meratapi bila aku dikhianati. tapi aku kena kuatkan. kalau tak, sampai bila aku nak bangun pertahankan diri aku kan. so lepas beberapa kali orang pijak-pijak aku, aku berubah menjadi seorang yang sangat ego :) aku takkan buat baik pada semua kawan-kawan aku di awal perkenalan.

aku tak kisah orang nak cakap aku berlagak, kerek, poyo or whatever la kan sebab i know myself! aku letih dan lelah diperbodohkan oleh kawan-kawan. sebab tu walau sayang macam mana sekali pun aku pada sahabat-sahabat aku, aku susah nak luahkan dengan sepenuh hati. selalu je aku cakap "sayang kau dowh" "weyh,i love you so much" bagai. tapi kebanyakannya aku akan cakap tanpa sepenuh hati aku. aku akan buat dengan betul2 bermakna bila masa-masa tertentu je.

lately ni aku asyik berfikir masa depan. masa aku di alam siswazah, alam pekerjaan dan alam barzakh. aku sedar waktu tu nanti aku akan terpisah dengan sahabat aku, kita akan berjauhan. aku takut aku dilupakan, dibuang dan tak dihiraukan oleh kalian. 

walau apa pun yang terjadi, aku akan sayang korang. ingat korang. rindu korang. aku tau aku ni memang jenis kawan yang cakap lepas, baran, emo sume tu. tapi itulah aku sebenarnya. aku memang akan sentiasa dengan sikap macam tu sebab aku tak reti nak jadi hipokrit. aku adalah aku. thanks sebab sudi terima aku. aku harap korang ikhlas sepenuh hati terima aku. aku harap korang adalah sahabat dan teman yang sebenar. 

terima kasih kerana korang sudi berkongsi airmata, gelak, tawa, suka, masa, and everything yang kita buat sama-sama. terima kasih sebab sentiasa ada untuk aku walau kita tak selalu bersama. terima kasih sebab menasihati aku. ketahuilah bahawa aku sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran korang dalam hidup aku.

<3  Izzati, Syafiqa, Anis, Qushwa, Faris, Baihaqi, Azhar, Alif Azhary, Muhaimin, Rasydan  <3 

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, April 15, 2012

ASSALAMUALAIKUM :)

agak lama aku meninggalkan kau wahai blog. haha. maaflah, aku ada idea tapi takde masa. bukan takde masa sebenarnya, tapi takde mood nak type berjela-jela. normal la tu kan, at one point semua orang akan jemukan.

ok, aku tengah godek-godek blog sahabat aku, izzaty. then terjumpa satu post ni. yang pasal PLKN tu. haihh, aku macam terharu when she said dia akan jadi guard aku. mungkin niat dia bergurau senda je tu. tapi to be honest, kau memang dah jadi guard aku zaty. kau jadi guard kepada hati aku, perasaan aku. sebab kau selalu dengar bebelan aku tentang apa je yang aku rasa kan.thanks dear :) i love you :')

kau kat sana jaga diri elok-elok. jaga kesihatan. jaga makan. jumpa kawan lelaki budiman, sampaikan salam aku. haha. itu mengarut ok.

aku juga nak pesan kat kau ni syafiqa, jangan nakal-nakal kat sana ok. jangan nak garang sangat. haha. jangan lupa aku wahai sahabat :) i love you :')

aku sekarang asyik fikir macam mana aku nak go on life aku. i mean, dah biasa kot kalau online tu dok bergossip dengan mereka ni. nanti dorang akan lenyap selama 3 bulan kot. haihh. im sure im gonna miss both of you so badly ok!

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae