Sunday, April 29, 2012

LOVEY DOVEY

lately ni aku selalu post pasal sahabatkan. bukan apa, ramai sahabat aku akan ke PLKN dan sambung belajar. yang mana masuk PLKN ni, nanti bila dorang keluar aku pulak yang dah sambung belajar, insyaALLAH.

so, di kesempatan yang ada ini, before korang busy, before korang takde masa nak baca, baik aku tulis apa yang aku nak sampaikan pada korang dulu :) harap korang sudilah baca <3

firstly, aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. maaf zahir dan batin. im just ordinary person, hamba yang banyak melakukan salah secara sedar dan tidak. aku harap kalian ikhlas maafkan aku sebab aku takut kalau aku mati dulu dari kalian dan kita tak sempat untuk saling mohon maaf. maaf aku dari lubuk hatimu yang ikhlas :')

next, aku harap korang halalkan segala makan minum dan duit yang korang bagi kat aku. siapa-siapa yang aku bedal makanan dia, bekal korang sume tu, halalkan ok. maklumlah, aku ni kan pencinta makanan. kalau korang ada belanja aku apa-apa samada korang ikhlas atau aku yang mintak, again, please halalkan dengan sepenuh hati korang ok. sape nak kan darah dalam badan dia darah haram? :)

thirdly, halalkan ilmu yang korang bagi kat aku. pada sape-sape yang pernah ajar aku, aku sangat hargai ilmu korang tu. korang halalkan eh? aku ni memang sangat lemah dalam semua perkara, sebab tu aku tanya kat korang segala macam soalan yang bercelaru dalam otak aku. terima kasih kalian. halalkan ilmu tu selamanya. aku doakan ALLAH memberi kejayaan berterusan dalam hidup korang :)

aku mohon sepanjang perkenalan kita ni, korang ikhlas, benar-benar ikhlas berkawan dengan aku. betul-betul terima aku sebab aku seadanya, sebab aku adalah SITI AMIRAH BINTI ALI. bukan sebab simpati bagai ok. keikhlasan korang tu aku tak boleh nak ukur, sebab perasaan tu lahir dari hati.

no matter what happen after this, please remember me as one of your friend. kawan yang sangat annoying, menyusahkan, membebankan but at the same time membantu, menceriakan korang dan melengkapkan hari korang. hehe. perasan je ;p

last but not least, this song special for you :) aku taknak letak lagu sedih-sedih sebab cukuplah aku berendam air mata taip entry ni :') aku doakan korang berjaya dan bahagia selamanya. aku sayang korang <3 


love,    
mira mirae

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

No comments:

Post a Comment