setiap perkenalan dan persahabatan yang aku tempuhi for sure diwarnai dengan suka dan duka. dikhianati tu memang sering terjadi pada aku :) pada mulanya aku sangat-sangat meratapi bila aku dikhianati. tapi aku kena kuatkan. kalau tak, sampai bila aku nak bangun pertahankan diri aku kan. so lepas beberapa kali orang pijak-pijak aku, aku berubah menjadi seorang yang sangat ego :) aku takkan buat baik pada semua kawan-kawan aku di awal perkenalan.
aku tak kisah orang nak cakap aku berlagak, kerek, poyo or whatever la kan sebab i know myself! aku letih dan lelah diperbodohkan oleh kawan-kawan. sebab tu walau sayang macam mana sekali pun aku pada sahabat-sahabat aku, aku susah nak luahkan dengan sepenuh hati. selalu je aku cakap "sayang kau dowh" "weyh,i love you so much" bagai. tapi kebanyakannya aku akan cakap tanpa sepenuh hati aku. aku akan buat dengan betul2 bermakna bila masa-masa tertentu je.
lately ni aku asyik berfikir masa depan. masa aku di alam siswazah, alam pekerjaan dan alam barzakh. aku sedar waktu tu nanti aku akan terpisah dengan sahabat aku, kita akan berjauhan. aku takut aku dilupakan, dibuang dan tak dihiraukan oleh kalian.
walau apa pun yang terjadi, aku akan sayang korang. ingat korang. rindu korang. aku tau aku ni memang jenis kawan yang cakap lepas, baran, emo sume tu. tapi itulah aku sebenarnya. aku memang akan sentiasa dengan sikap macam tu sebab aku tak reti nak jadi hipokrit. aku adalah aku. thanks sebab sudi terima aku. aku harap korang ikhlas sepenuh hati terima aku. aku harap korang adalah sahabat dan teman yang sebenar.
terima kasih kerana korang sudi berkongsi airmata, gelak, tawa, suka, masa, and everything yang kita buat sama-sama. terima kasih sebab sentiasa ada untuk aku walau kita tak selalu bersama. terima kasih sebab menasihati aku. ketahuilah bahawa aku sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran korang dalam hidup aku.
<3 Izzati, Syafiqa, Anis, Qushwa, Faris, Baihaqi, Azhar, Alif Azhary, Muhaimin, Rasydan <3
aww ... nama saya ada la .. sayang kau ! :*
ReplyDeletekau la sahabat aku :*
wajib ada la deyy! :)
ReplyDelete