Wednesday, May 16, 2012

INTERVIEW IPG :)

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, tadi aku selamat menghadiri temuduga IPG :) waktu yang ditetapkan jam 11 pagi, tapi sebab semangat terlebih,pukul 9 lebih dah sampai dah. haha. padahal Cheras ke Bangi setengah jam je kot. haha.

Disebabkan sesi pertama tak ramai, maka aku punya sesi terpaksa di awalkan. its ok, nanti cepat habis :) entah macam mana, aku boleh lupa letak gambar! check dalam purse just ada gambar sebelum baligh je. haha. acane ni?? aku dah cuak. haha. japgi orang tu cakap takpe, buat individual interview dulu, then baru pergi amek gambar.

Aku mula dengan sesi temuduga perseorangan. gila cuakk dowhh. gerunn. haha. tapi aku ni cuak cuak pun tetap jugak banyak cakap. haha. so lima minit lepas tu aku dah ok, tak nervous dah. maybe dia tengok aku ni talkative, so dia siap suruh aku nyanyi bagai weyh. haha. memilih, nak lagu SITI je. haha. aku pun bantai la nyanyi biarlah rahsia. haha. lepastu dia suruh aku kaitkan lirik tu dengan kehidupan kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran. aku pun cakap jela ikot logik. haha. dia tanya jugak pasal background family. aku cerita la lebih kurang. :)

Lepas individual barulah jawab soalan INSAK. soalan tu aku jawab je la, macam apa je aku rasa soalan tu. maksud aku tu semua logik dan based on our attitude la. 135 soalan dalam masa 30 minit. aku amek masa 25 minit untuk siapkan. cuak juga la aku takot tak dapat siapkan. hehe.

Last sekali baru berkumpulan. topik dia tentang laman sosial. ada dua soalan, first kebaikan & keburukan laman sosial. second macam mana pihak sekolah nak galakkan murid ada facebook. untuk soalan pertama tu aku banyak la juga idea, yang soalan kedua tu sikit je sebab aku rasa pihak sekolah memang takde buat apa pun untuk support student buat facebook, takut student salah gunakan.

Masa berkumpulan ni la yang sangat mencabar sebab ahli kumpulan aku pasif. bila arahan diberi untuk mula, semua senyap. aku memang taknak mulakan dulu sebab aku taknak orang cakap. then ada one indian girl, dia start dulu. dia dah bagi point dia, aku pun menyampuk la. kumpulan ada 6 orang, 4 orang tu pasif. haihh. puaslah aku dengan budak india tu perah otak cari idea supaya tak senyap je. act ada sorang calon ni aku tau dia ada idea, but shes so nervous, nampak weyh tangan dia shaking.

So conclusionnya,korang jangan nervous sangat sebab nanti korang tak dapat nak luahkan idea dan pendapat. rugila sebab tak dapat nak tonjolkan kelebihan korang. owh, ada juga dia tanya samada aku dapat UPU & MATRIK tak, aku jujur jawab dapat. dia tanya lagi sama ada aku pergi tak salah satu tu, untuk play safe, i dont say yes or no, aku just cakap 'saya tetap nak maktab juga' haha. memanglah bunyi macam terhegeh hegeh tapi aku rasa kalau itu yang boleh meyakinkan dorang to choose me, so why not aku cakap camtu kan :) lega betul bila dah selesai semua. haha. isu-isu yang aku google langsung tak di tanya. siot je. haha. tapi takpe, yang penting dah selesai. tinggal tunggu keputusan je lepas ni. hope rezeki menyebelahi aku. amin.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

3 comments:

  1. Kakak nk jd mcm umi ye teacher...lecturer maybe...nway good luck kakak ~ kak arin cute

    ReplyDelete
  2. hehe..tulah,darah pendidik turut mengalir dalam diriku.haha.doakan kita dapat taw maktab ni :) <3 you kak cute.haha

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete