Sunday, May 13, 2012

PERSEDIAAN AWAL :)

medical check up
baju kurung
towel
cadar & selimut
isi borang
tshirt & seluar basahan
kasut
telekung

Assalamualaikum :) ok itu antara perkara-perkara dan benda yang telah aku siap buat & pack untuk ke UiTM 2 Jun nanti. aku bukan nak sangat pack awal-awal ni, tapi mak aku suruh. lagi pun betul apa dia suruh ni sebab kalau pack last minute takot ada benda tertinggal dan terlepas pandang nanti.

aku ada plan nak jual-jual blouse dengan tudung kat U nanti sebab akak sedara aku ada yang buat macam tu. hasil sangat lumayan :) aku bukan nak kejar duit sangat tapi aku taknak susahkan ummi & ayah kena bagi duit belanja sebab aku langsung tak apply apa-apa biasiswa. tapi awal-awal lagi along cakap belajar dulu, jangan sibuk nak side income je. aku pun mengalah akhirnya.

one more thing, since dapat tau je aku terpilih ke UiTM, aku teruskan jalankan misi  makan sebanyak mungkin. haha. bukan apa, nanti dah sambung belajar still boleh makan tapi tak semewah kat rumah la. maklumlah duit poket kena juga simpan untuk keperluan lain selain makanankan.hehe

dalam keterujaan aku melangkah ke alam baru ni, aku tetap sedi sebab ada bff aku tak dapat UPU. so kalau boleh depan dorang aku elak dari cakap tentang perkara ni. even my lovely cousin, feeza and wanie pun tak dapat. im really hope that rayuan dorang diterima :) aku nak berjaya bersama-sama dengan bff  dan cousin-cousin aku jugak.

owh ye, setakat ni, baju je dah penuh dua beg ye. harap maklum. haha.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

No comments:

Post a Comment