Wednesday, February 29, 2012

5 PERKARA TENTANG SAYA

kena jawab jugak jugak sebab dah di tag oleh si gadis manis pikielle  
:)
lets check it out 

  • 5 nama samaran :

  1. kakak : family panggil.
  2. mira : umum. semua kenalan panggil saya dengan nama ni.
  3. siti : arwah ayah angkat saya yang panggil :'(
  4. mirali : amirah habib,kawan saya yang bagi gelaran ni sebab nama kita orang sama. so,kira cara nak bezakan la.
  5. amir :palee yang panggil :)
  • 5 tarikh penting :
  1. 31 ogos : tarikh lahir hero saya,my lovely daddy.
  2. 10 disember : tarikh lahir heroin saya,my lovely mummy.
  3. 22 februari : tarikh lahir my only brother,along.
  4. 31 mei : tarikh lahir my only younger sister,nana.
  5. 18 julai : tarikh lahir saya melihat bumi ciptaan ALLAH.
  • 5 perkara saya buat semalam :
  1. teman ummi beli barang dapur.
  2. teman ummi ambil nana balik tusyen.
  3. kemas rumah.
  4. basuh,sidai dan lipat baju.
  5. message dengan kawan.
  • 5 perkara buat saya happy :
  1. bila keluarga saya happy.
  2. berjaya dalam exam.
  3. celebrate birthday with family.
  4. berkorban untuk seseorang yang memerlukan bantuan dan pengorbanan saya.
  5. semua sahabat-sahabat saya happy.

  • 5 sebab jawab soalan ni :

  1. saya tengah bosan.
  2. dah lama tak update blog.
  3. first time saya kena tag.
  4. just for fun.
  5. maybe boleh buat orang lain lebih mengenali saya :)
  • 5 orang kawan blogger yang kena tag :
  1. nurul izzati
  2. syafiqa jaafar
  3. siraj azman
  4. solehah
  5. syahril syuhada
so,inilah serba sedikit pasal aku :)

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Tuesday, February 28, 2012

    CERPEN

    lately ni aku berminat nak tulis cerpen.sebab masa tu aku tengah bosan,nak online,abang aku guna laptop untuk siapkan assignment dia,aku malas la nak kacau.nak tengok tv,ayah tengah layan bola.nak dengar lagu.mp3 habis battery.so,aku decide nak tulis cerpen.

    first story aku tulis is about love.yela,remaja dan cinta memang tak dapat dipisahkan.tapi tu tak bermakna aku bercinta ok.cerita tu ada berkaitan sikit dengan aku.aku akan letak kat blog ni nanti,dan aku harap ada yang sudi baca dan comment.aku sangat-sangat memerlukan comment daripada orang lain sebab tu kan first cerpen aku,so aku nak tau la apa kelemahan aku.so that aku boleh improve for the next story.

    aku rasa macam lebih baik aku tulis cerpen bila aku tak de mood.bukan apa.daripada aku layan perasaan marah,baik aku menuliskan.untuk story kedua,mungkin aku akan tulis pasal persahabatan atgau kekeluargaan.aku akan menulis tentang perkara-perkara yang dekat dengan aku.so nanti taklah terkial-kial nak cari idea kan.

    so,tunggu lah bila manuskrip aku tu dah siap sepenuhnya,aku akan post kan the whole story kat sini. <3

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    KEHEBATAN WANITA :')

    Ciptaan ALLAH yang bernama.. WANITA..!!

    Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?"

    Allah menjawab :

    "Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya."

    Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..."

    Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman :

    "Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam.."

    Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

    Allah menjawab :

    "Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

    Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?"

    Allah menjawab :



    "Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat."

    Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

    Allah menjawab :

    "Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat."

    Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?

    Allah menjawab :

    "Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..

    #Subhanallah. Indahnya ciptaanNYA :')



    #aku copy from fb.
    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Wednesday, February 22, 2012

    L.O.V.E












    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Tuesday, February 21, 2012

    ME :)

    orait,disebabkan dalam minda aku sekarang berlegar-legar kenangan aku dan sahabt-sahabat aku maka aku nak buat post tentang perangai aku.

    aku ni jenis yang keras hati dan keras kepala sikit sebenarnya.dalam erti kata lain,ego la senang cite kan.aku susah nak cakap kat kawan-kawan aku yang aku sayang kat dorang secara serious.biasanya kalau ada antara sahabat-sahabat aku cakap "mira,aku sayang kau mira!" aku akan gelak-gelak je.nampak macam aku tak take it serious pun even muka dia dah serious habis.sebab apa?sebab aku memang keras hati.haha.tapi bila mood jiwang + hargai aku tu datang,memang aku akan buat macam-macam benda to express my love pada dorang :)

    aku jugak susah nak say sorry pada sahabt aku.aku pun tak tau kenapa.aku pernah nak cakap sorry pada mereka,tapi tak kan boleh punya.haha.nampak kan ego aku tinggi?aku cuba untuk tunjukkan cara aku say sorry based on my attitude pada dorang je.haha.sebab tu lah hanya orang-orang tertentu je yang sanggup nak kawan dengan aku.

    kalau tak percaya ni lah sikap aku,korang boleh tanya semua sahabt-sahabat aku especially izaty.sebab dengan dia ni lah banyak masa aku terluang.kat sekolah memang sentiasa berkepit.haha.kalau nak tau lebih pasal aku pun,boleh la tanya dorang jugak.haha.so,itu je aku nak cerita sebab aku rasa dua benda utama ni lah yang buatkan seseorang itu akan dielak untuk dijadikan kawan.haha.

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Monday, February 20, 2012

    MY FIRST VIDEO :)

    aku tak tau nak buat apa sekarang ni,so aku pun cuba-cuba la buat video.haha.simple je.but i think ok la tu kan,at least kebosanan ni hilang.video ni special untuk izaty,syafiqa,faris and bai.sebab gambar-gambar mereka ni banyak dalam simpanan aku berbanding sahabt lain.untuk sahabat-sahabat lain,insyaALLAH aku akan buat jugak.tapi bia aku dapat ilham dulu.

    aku tak pro lagi dalam benda-benda macam ni,tu yang gambar tak berapa jelas.sorry eh :) 




    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae
    sabtu baru-baru ni aku ada ke sekolah.sebab PRS ada buat kursus,so aku saje2 menyibuk.aku fikir,kalau aku dudk rumah mesti boasn.even ada ayah and abang aku kat rumah sebab ayah aku pagi-pagi dah pergi jogging,then beli paper,balik je dok belek-belek poko-poko dia bagaikan.abang aku pula for sure membuta.so,i decide to follow mak aku :)

    ada beberapa junior yang rapat dengan aku tanya aku best tak bila dah habis sekolah.aku cakap tak sebab tak dapat jumpa kawan hari-hari.haha.dorang tanya,tak rindu sekolah ke?aku cakap tak.sebab apa aku cakap tak?:) adalah sebabnya.biarlah aku sorang je yang tahu :) 

    hidup zaman persekolahan ni aku rasa ada yang best dan ada juga yang tak best.tapi aku rasa zaman tadika & sekolah rendah la zaman paling ceria pada aku :) sebab aku dengan kawan-kawan sekolah rendah ni dah macam adik-beradik.kalau sorang tak nak main galah panjang time PJ,nanti akan ramai yang cakap tak nak juga sebab jiwa kami satu :') 

     <3kamalia,sara,aqilah,nadira,sri,izati,khaliesah,nelia,farihah,farah,nazatul,athirah,adik,akak,ayu,shina,ainaasri,aina,iqbal,faris,muhaimin,fikri,rashid,adha,aidil,hariz,asyraf,nasran,alip,abang,syafiq,amirulA,amirulD,azrul,afiq,ikmal,syahril,nazri,aqamal,faizie,raj,mahathir<3

    kalian adalah sahabat aku selamanya!persahabatan kita dah terjalin selama 13 tahun kan? iloveyouall!

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Thursday, February 16, 2012

    aku rindu nak jadi pencinta makanan macam dulu.dulu,semua jenis makanan aku boleh bedal.aku layan je.tak kisah sedap ke tak asalakn perut kenyang.yela,bersyukur dengan rezeki kurniaan ALLAH.cuba bayangkan kita ni kebuluran macam kat somalia tu,nauzubillah.so jangan la memilih sangat bab2 makanan ni.

    sekarang,aku dah kena berpantang.aku dah tak boleh nak makan favourite food aku which is seafood!aku memang gila betul dengan all type of seafood.bukan tu je,segala makanan yang gatal aku tak boleh makan macam sambal belacan & petis.sebabnya resdung aku ni makin lama makin teruk dah.silap makan sikit,mata bengkak.kena habuk sikit,mata bengkak.

    sangat-sangat terseksa bila mata aku jadi bengkak sebab aku tak boleh kena cahaya.nanti kalau kena cahaya,meleleh airmata aku sebab pedih amat!sekarang kalau orang lain enjoy-enjoy makan udang,ketam,sotong,lala & macam-macam lagi,aku just boleh pandang jela.

    mungkin ALLAH turunkan penyakit ni untuk aku sebab dia nak aku jaga kesihatan kot.yela,kan seafood semua kebanyakannya high cholestrol :) takpe,aku pasrah & redha dengan cara pemakanan aku sekarang. :) 

    aku tetap bersyukur sebab aku masih bernafas.itu dah cukup bagi aku! :D

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Wednesday, February 15, 2012

    KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA :')

    Ketika Allah menciptakan wanita,

    Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

    Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

    Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

    Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

    Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

    Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

    Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

    "Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

    "Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

    "Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

    Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

    Malaikat itu menyentuh dadanya,
    "Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

    "Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

    "Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

    "Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

    Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

    Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

    Mampu tertawa saat hatinya menangis...

    Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

    Dia boleh melawan ketidakadilan...

    Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

    Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

    Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

    "CINTANYA TANPA SYARAT"

    Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

    Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganyaa dia"

    BERSYUKURLAH JIKA ANDA DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG WANITA :')

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Tuesday, February 14, 2012

    mood manusia ni memang susah nak diramalkan.elok-elok bergurau,nanti tiba-tiba dia terus takde mood.padahal dia yang mulakan gurauan tu.malam ni satu pengajaran buat aku.aku rasa aku dah tak boleh jadi diri aku yang sekarang.diri aku yang suka gelak-gelak,diri aku yang suka bercakap,dan segala sifat aku sekarang.aku rasa aku perlu jadi seorang yang pendiam kot.yela,nanti takde la hati yang terluka lagi kan.

    alip,aku mintak maaf sangat-sangat.seriously,aku takde niat nak buat kau sentap.gurauan kau tu dah sebati dalam diri aku,so takde reason untuk aku sentap dengan segala ayat kau.tapi tak sangka pulak kau take it serious kan.kau tau kan kita dah kawan dari kita 5 tahun lagi kan?so,im sure you know yang aku taknak hilang sahabat macam kau kan.but toningh kau totally different weyh.i know ada ayat aku yang buat kau terasa.takpe lah,kalau kau nak benci aku terus lepas ni,aku terima.salah aku kan suruh kau cari orang lain untuk bergurau :') 

    maafkan segala perbuatan aku selama ni ok?aku doakan kau happy tanpa aku dalam hidup kau lagi after this :')

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Sunday, February 12, 2012

    SESAAT KAU DATANG :)

    malam-malam yang bosan ni,aku pun layan la video clip sesaat kau datang by ramlah ram feat sleeq.
    pergh,kacak + macho habis aku tengok abang si siraj ni dalam video ni.haha.
    tak faham aku kenapa aku rasa abang dia macho bila depan camera,photogenic kot.haha
    apa2 pun,aku nak wish goodluck untuk brother AFIQ MUIZ dalam bidang dia.semoga makin success ok :)



    i think english version lagi best :) enjoy :)


    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Saturday, February 11, 2012

    im happy if i can cheer up people around me :) alhamdulillah :)

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Wednesday, February 8, 2012

    SORRY :'(

    Cinta tu macam gula-gula,memang manis.tapi kalau terlebih sweet pun nanti parah jugak sebab akan datangkan penyakit.so,kau jangan la kemaruk sangat nak tunjuk yang kau tu ala-ala couple paling sweet kat dunia yang sementara ni :)

    ni status aku kat fb tadi.aku tulis sebagai warning kepada diri aku sendiri sebenarnya.aku bukan apa,aku takot sangat.aku takot bila aku dah melangkah ke alam cinta-cinta ni,aku akan jadi individu lain.aku takot aku akan utamakan cinta daripada segalanya weyh sebab selama ni kan aku single,so aku tak nak aku terlalu obses with LOVE.

    aku takot aku lupa MAHA ESA,aku takot aku lupa parents aku,aku takot aku lupa family aku,aku takot aku lupa sahaba-sahabat aku,aku takot aku lupa diri sendiri.aku tak nak nanti aku sayang kan orang tu lebih daripada aku sayangkan insan-insan yang selama ini sentiasa berada di sisi aku walau apa keadaan sekali pun.

    jika ditakdirkan suatu hari nanti,aku berubah menjadi individu yang sangat berbeza,aku berubah 360 darjah,kalian tolonglah sedarkan aku kembali.aku mohon sangat-sangat.

    xde pe yg perlu tkut bila brcinta..cuma pndai jge dri..iman mesti kuat.2 pesan sys kat adek2..sbb cinta itu buta..yg pnting jd dri sndri n jd trbaik..jgn mudah trpengaruh dgn kata2 kwn yg x btol ok..

    itu pesana daripada seorang hamba ALLAH yang baik hati dan sangat cantik.aku kenal dari zaman myspace and teruskan dekat fb.aku tak tau kenapa,tapi aku suka tengok gambar2 dia.dia susah nak describe sebab dia comel,cun,ayu,cantik dan sewaktu dengannya.to sys cahaya elmira i'll pray for yor happiness with abang fikri jasmani.thanks atas segala nasihat yang akak bagi ok :) 

    *jangan lupa visit and follow her blog : http://pikiellelova.blogspot.com/

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Tuesday, February 7, 2012

    PERUBAHAN :)

    di sebabkan kebosanan yang melampau,aku pun edit la blog based on link yang izaty letak kat blog dia.aku edit sikit sikit dulu.haha.maklum la,aku ni masih muda dalam ilmu blog blog ni.haha..


    blog dorang sangat superb plus tomey tomey gitu.ahaks!jealous kot.haha.. :p

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae
    1.rambut baginda ikal mayang
    2.dada baginda bidang
    3.dari dada hingga ke pusat ada bulu
    4.kulit putih kemerah merahan
    5.gemar memakai jubah
    6.akan meletakkan mafla di bahu
    7.memiliki sehelai jubah hitam
    8.sanggup menjadi hamba walaupun dia president demi kesenangan rakyat

    *sumber dari ustaz don.and he said that ada satu hadis if aku tak salah la,dia cakap kalau orang perempuan tengok nabi yussuf boleh terpotong tangan sendiri,tapi kalau orang perempuan tengok dia mesti boleh terpotng hati sendiri*

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Sunday, February 5, 2012

    SANDAL RASULULLAH :')

    Sandal Rasulullah s.a.w.:
    1) sandal yang mempunyai tali qibal (tali sandal bahagian hadapan yang terletak diantara ibu jari kaki dengan jari telunjuk dan setiap talinya terbahagi dua)
    2) sandal yang tidak berbulu kulitnya (Rasulullah berwudhu tanpa membuka sandal itu dari kakinya)
    3) Rasulullah menegah orang yang berjalan dengan sebelah sandal sahaja (hendaklah memakai atau melepaskan kedua-duanya)
    4) memulakan memakai sandal dengan sebelah kanan dan melepaskannya dengan sebelah kiri. (sandal kanan itu menjadi yang mula dipakai dan terakhir dibuka)
    ~ Syamail Muhammadiyah (keanggunanmu Ya Rasulullah) Imam Tirmizi

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    KISAH RASULULLAH :')

    Kisah Rasulullah sebagai pengajaran,

    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

    3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

    4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

    5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

    6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

    7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

    "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

    "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

    "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

    8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

    9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

    10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

    11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

    12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

    13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

    Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

    credit(s): kiahcomel , aimi athirah

    ~ALLAHUMMA SOLLI A'ALA MUHAMMAD

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

    Wednesday, February 1, 2012

    5 NAMA SYAITAN YANG HARUS KITA WASPADA!

    Info ini didapati dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.
    Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.
    1) Tsabar
    Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.
    2) Dasim
    Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian
    3) Al-A’war
    Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.
    4) Maswath
    Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.
    5) Zalnabur
    Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

    terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae