Sunday, July 22, 2012

First Ramadhan Di Segamat :)

alhamdulillah, masih berpeluang aku nak berada dalam bulan penuh keberkatan, bulan ramadhan. first day ramadhan aku ada kat kampung, jb. hehe. saje je balik jb sebab nak juga rasa puasa kat kampung. hehe. sampai dalam jam 4 petang. di sambut oleh lovely auntie, lovely granny, lovely cousin and lovely uncle (insyaAllah, harap dijodohkan dengan auntie)

girang tak terkata ok bila bus sampai kat larkin. hehe. jumaat malam, pergi solat tarawih kat masjid perling. sebak actually masa tu sebab abah pernah jadi imam kat situ, si mandikan dan juga di solatkan kat situ. abah, akak rindu abah :'(. dah tujuh tahun abah pergikan? kejap je rasa. tadi masa kita orang kat kubur abah, kita orang recall all the memories with you :) 

after tarawih, lepak-lepak jap kat rumah. then dalam pukul 12 lebih, uncle am, ex-student abah datang rumah. niat hati uncle am, ateh dengan auntie nak bagi aku merasa burger bakar merangkap celebrate birthday, tapi sampai-sampai je burger dah habis pulok. hehe. takde rezeki. maka kami lepak di mcd. pergh, tak pernah aku lepak sampai pukul 2 lebih luar rumah. haha. mentang-mentang dah 18 tahun :p

first puasa which is semalam, mak masak lontong for our iftar. sangat best! hehe. then terawih, this time uncle din ikot sekali. tak sabar nak tunggu uncle din dengan auntie kawen. hehe. then hari ni, pukul 9 lebih, dorang hantar aku ke larkin sebab bus 10.30 pagi. sangat awal. hehe.

and now, masa aku tengah type post ni, im alone in my room sebab kak iza, my roomate tak sampai lagi.train dia delay, pukul 4.30 petang baru gerak. hope she will arrive safely. maka, tibalah masa untuk aku tempuhi bulan ramadhan di tempat baru, teman baru dan cara hidup baru :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, July 3, 2012

TAKZIAH LINA.

alhamdulillah, aku masih berpeluang buat post ni even agak lambat. aku pasti ramai dah tau yang salah sorang kawan aku, lina telah kehilangan ayahanda yang tercinta. seriously aku sangat terkejut sebab ayah dia before this seorang yang sihat. itulah namanya takdirkan.

aku takut untuk berada dalam situasi dia sekarang sebab aku masih belum bersedia untuk kehilangan ahli keluarga yang lain selepas pemergian arwah abah iaitu atok aku. aku sering berda supaya semua yang aku kenal diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. aku juga doa supaya lina akan bangkit dari kedukaan dan kuat menghadapi kenyataan.





terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Wednesday, June 20, 2012

UiTM SEGAMAT :)

lepas lebih kurang 3 minggu dalam UiTM SEGAMAT ni, barulah aku ada peluang nak update. haihh. seriously sangat-sangat pack.

let me start with MDS :) superbly gempak & best MDS kita orang kat SEGAMAT ni. abang & kakak PM baik-baik. normal la bila kena marah and kena push untuk makan cepat,jalan cepat semua tu sebab kita kejar masakan.kalau tak kena marah, memang jalan macam pergi pasar la kan. haha.

bila time ceramah je,masing-masing ngantuk.haha. lepas tu sape yang tidur nanti mesti abang2 & kakak2 PM datang kejutkan lalu menghulur gula2 dan minyak kapak. haha. baikkan mereka? dorang kejutkan kami sebab ceramah-ceramah tu sume benda-benda penting, tu yang dorang tak bagi tidur :)

ada satu malam tu, malam paling best. haha. tak payah la aku mention, cukuplah kami student part 1 kat kampus SEGAMAT & LARKIN je tau :) owh,lupa nak cakap, time MDS, budak kampus LARKIN :)

sebenarnya banyak benda nak cerita apsal MDS, tapi tunggulah dulu. bila aku rindu time2 MDS, aku post lagi. hehe.  yang penting, KAMI SAYANG PM :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Wednesday, May 23, 2012

Lagi beberapa hari je aku akan daftar di UiTM Segamat. sejujurnya, perasaan aku bercampur baur. aku sangat teruja tapi dalam masa yang sama aku takut, risau dan runsing. aku takut if i cant score the best pointer. aku risau nanti takde siapa dah yang tolong ummi kat rumah ni. memang la aku bukan tolong sangat pun ummi buat kerja rumah tapi aku tau at least masa aku cuti ni aku dapat ringankan beban ummi sikit. 

Along asyik buat ayat sedih je. 'nanti awak takde sape nak masak kak?' 'nanti awak takde sape nak sidai baju?' and bla bla bla. haha. yang geram along asyik mention pasal kerja rumah je. haha. aku tau nanti along pun terasa juga bila aku takde kat rumah. sebab seminggu lepas aku daftar baru dia habis cuti sem. nanti along mesti rindu aku punya sebab takde geng nak masak malam-malam buta, takde geng nak cite pasal awek, takde geng nak buat segalanya la. urghh. sedih la pula aku rasa. haha. chill mira, chill.

Ayah mesti rindu akak kan nanti sebab takde orang nak nyanyi kuat-kuat kat hall bila akak  bosan. haha. rumah mesti sunyi je kan. haha. ayah saje je tu perli-perli tempat akak nanti sebab ayah sebenarnya dah mula rindukan akak kan? haha. kfine, aku perasan.haha

Ummi nanti mesti terasakan sebab takde orang nak tolong iron baju. takde orang nak tolong masak bila ummi tak sempat atau tak larat nak masak. takde orang nak teman ummi amik nana balik tusyenkan? hehe. akak tau tu, ummi chill jep. jangan sedih, akak upah bibik sorang, ayah bayar gaji dia. haha.

Nana mesti rindu punya nak dengar arahan kakak dia yang sorang ni. haha. kakak yang garang mengalahkan mak tiri kata ummi. haha. nanti jaga bilik elok-elok ok. jangan bersepah eh. kalau tak kene bebel nanti. nana mesti rindu punya nak dengar akak marah-marahkan? haha.

Ok mira, stop perasan yang semua orang akan rindukan kau please! haha. bukannya ni first time kau nak berpisah dengan family la mira. kau kan pernah duduk hostel time form 1, so chill la. haha. ok mira, stop imagine that everybody will miss you like crazy. haha

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, May 22, 2012

FOREVER AND EVER AND EVER

Selain dari keluarga, sahabat adalah orang paling rapat dengan kita :) bahkan ada yang selesa meluahkan masalah kepada sahabat berbanding keluarga :) itu hak setiap individu :)

Aku juga mempunyai sahabat, sahabat pada aku adalah individu paling aku rasai kehadiran mereka dalam hidup aku berbanding kawan, rakan dan teman. antara sahabat yang sering berkongsi suka dan duka yang aku hadapi ialah NURUL IZZATI, MUHAMMAD BAIHAQI & MUHAMMAD FARIS. ada juga beberapa orang sahabat lain, tapi kali ni aku hanya mention nama mereka saja sebab im gonna tell you about our last meeting before four of us go for futher study :')

I dont know how we can get closer because it happened naturally. i mean kami berkawan tanpa ada apa-apa agenda jahat and so on. maybe dah tertulis di Luh Mahfuz yang kami akan saling mewarnai hidup antara kami :) im glad you came *tiba-tiba masuk lagu blog zaty* haha. to be honest, im glad to be one of your bestfriend babe :) 

Walaupun aku ni baran, emo tak tentu pasal, senang sentap bagai, but korang sabar sangat-sangat dengan aku kan? thank you so much weyh <3 aku dah berazam nak kurangkan baran semua tu. yela, im 18 kot sekarang, kena la matang sikit. hehe. doakan aku bertukar  menjadi SITI AMIRAH yang lebih baik ok :)

Lepak punya lepak kat McD tadi, tengok-tengok jam dah pukul 4. so terpaksa la balik. we just  blah like that, no feeling2 bagai. haha. i mean takde ayat macam "i hope that this is not the last time we can spend time together" atau "please,dont you ever dare to forget me even you have new bff nanti" and so on. kita orang balik camtu je, taknak ucapan2 ni, nanti aku nangis lebih. haha. so, meh la aku letak sikit gambar kami ok :)





*video kita tu nanti-nanti la aku post.tak pun nanti kita buat yang baru la,sebab yang tu tak bestlah,takde ucapan ikhlas dari hati.haha.*



terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Thursday, May 17, 2012

NUMBER ONE FOR ME :')

number one for me by Maher Zain sangatlah top sekarang ni kan. :) aku pun dah suka dengan lagu ni.sangat bermakna lagu ni. special tentang lagu ni is the lyric. it so meaningful ok. tapi aku lagi suka dengar yang cover these two boy berbanding the original punya. haha. tak tau la kenapa. haha. 
so, inilah mereka :


owh ye, lagi satu ada this little boy sing this song for his mother. shes not very well so he hope by singing this song, his mother will get better as soon as possible. hes so cute babe :) 
check this out :


he is malaysian boy ok :) yeahh, selamanya harimau malaya adik zahin :)


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Wednesday, May 16, 2012

INTERVIEW IPG :)

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, tadi aku selamat menghadiri temuduga IPG :) waktu yang ditetapkan jam 11 pagi, tapi sebab semangat terlebih,pukul 9 lebih dah sampai dah. haha. padahal Cheras ke Bangi setengah jam je kot. haha.

Disebabkan sesi pertama tak ramai, maka aku punya sesi terpaksa di awalkan. its ok, nanti cepat habis :) entah macam mana, aku boleh lupa letak gambar! check dalam purse just ada gambar sebelum baligh je. haha. acane ni?? aku dah cuak. haha. japgi orang tu cakap takpe, buat individual interview dulu, then baru pergi amek gambar.

Aku mula dengan sesi temuduga perseorangan. gila cuakk dowhh. gerunn. haha. tapi aku ni cuak cuak pun tetap jugak banyak cakap. haha. so lima minit lepas tu aku dah ok, tak nervous dah. maybe dia tengok aku ni talkative, so dia siap suruh aku nyanyi bagai weyh. haha. memilih, nak lagu SITI je. haha. aku pun bantai la nyanyi biarlah rahsia. haha. lepastu dia suruh aku kaitkan lirik tu dengan kehidupan kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran. aku pun cakap jela ikot logik. haha. dia tanya jugak pasal background family. aku cerita la lebih kurang. :)

Lepas individual barulah jawab soalan INSAK. soalan tu aku jawab je la, macam apa je aku rasa soalan tu. maksud aku tu semua logik dan based on our attitude la. 135 soalan dalam masa 30 minit. aku amek masa 25 minit untuk siapkan. cuak juga la aku takot tak dapat siapkan. hehe.

Last sekali baru berkumpulan. topik dia tentang laman sosial. ada dua soalan, first kebaikan & keburukan laman sosial. second macam mana pihak sekolah nak galakkan murid ada facebook. untuk soalan pertama tu aku banyak la juga idea, yang soalan kedua tu sikit je sebab aku rasa pihak sekolah memang takde buat apa pun untuk support student buat facebook, takut student salah gunakan.

Masa berkumpulan ni la yang sangat mencabar sebab ahli kumpulan aku pasif. bila arahan diberi untuk mula, semua senyap. aku memang taknak mulakan dulu sebab aku taknak orang cakap. then ada one indian girl, dia start dulu. dia dah bagi point dia, aku pun menyampuk la. kumpulan ada 6 orang, 4 orang tu pasif. haihh. puaslah aku dengan budak india tu perah otak cari idea supaya tak senyap je. act ada sorang calon ni aku tau dia ada idea, but shes so nervous, nampak weyh tangan dia shaking.

So conclusionnya,korang jangan nervous sangat sebab nanti korang tak dapat nak luahkan idea dan pendapat. rugila sebab tak dapat nak tonjolkan kelebihan korang. owh, ada juga dia tanya samada aku dapat UPU & MATRIK tak, aku jujur jawab dapat. dia tanya lagi sama ada aku pergi tak salah satu tu, untuk play safe, i dont say yes or no, aku just cakap 'saya tetap nak maktab juga' haha. memanglah bunyi macam terhegeh hegeh tapi aku rasa kalau itu yang boleh meyakinkan dorang to choose me, so why not aku cakap camtu kan :) lega betul bila dah selesai semua. haha. isu-isu yang aku google langsung tak di tanya. siot je. haha. tapi takpe, yang penting dah selesai. tinggal tunggu keputusan je lepas ni. hope rezeki menyebelahi aku. amin.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, May 13, 2012

PERSEDIAAN AWAL :)

medical check up
baju kurung
towel
cadar & selimut
isi borang
tshirt & seluar basahan
kasut
telekung

Assalamualaikum :) ok itu antara perkara-perkara dan benda yang telah aku siap buat & pack untuk ke UiTM 2 Jun nanti. aku bukan nak sangat pack awal-awal ni, tapi mak aku suruh. lagi pun betul apa dia suruh ni sebab kalau pack last minute takot ada benda tertinggal dan terlepas pandang nanti.

aku ada plan nak jual-jual blouse dengan tudung kat U nanti sebab akak sedara aku ada yang buat macam tu. hasil sangat lumayan :) aku bukan nak kejar duit sangat tapi aku taknak susahkan ummi & ayah kena bagi duit belanja sebab aku langsung tak apply apa-apa biasiswa. tapi awal-awal lagi along cakap belajar dulu, jangan sibuk nak side income je. aku pun mengalah akhirnya.

one more thing, since dapat tau je aku terpilih ke UiTM, aku teruskan jalankan misi  makan sebanyak mungkin. haha. bukan apa, nanti dah sambung belajar still boleh makan tapi tak semewah kat rumah la. maklumlah duit poket kena juga simpan untuk keperluan lain selain makanankan.hehe

dalam keterujaan aku melangkah ke alam baru ni, aku tetap sedi sebab ada bff aku tak dapat UPU. so kalau boleh depan dorang aku elak dari cakap tentang perkara ni. even my lovely cousin, feeza and wanie pun tak dapat. im really hope that rayuan dorang diterima :) aku nak berjaya bersama-sama dengan bff  dan cousin-cousin aku jugak.

owh ye, setakat ni, baju je dah penuh dua beg ye. harap maklum. haha.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Wednesday, May 9, 2012

banyak benda kena prepare untuk masuk U. medical check up, dokumen-dokumen peribadi, keperluan stay kat hostel bagai. senang cerita banyak bendalah.

but now i have to prepare for my interview this 16 of May. interview maktab perguruan, i hope i'll pass all the three stage of interview.

YA ALLAH, KAU PERMUDAHKANLAH URUSANKU. KAU BERKANLAH KEJAYAAN KEPADAKU. AMINN.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

AM I CARE AZHAR??

hyeee azharr :) hehehe.. act aku tak de buat special entry pasal kau pun :) yang kau jumpa tu sume dengan orang-orang lainkan? aku bukan apa, aku takot kau rasa macam "am i care mira kau buat entry pasal aku?" hehehe.. so, meh aku buat ok untuk kau :) 

rambut kene tutup dahi, cover telinga sikit, beg pakai sebelah bahu je, uniform wihthout badge and name tag. hehe. itulah azhar amirulhisyam :) 

macam yang kau tau, time form two sampailah form five aku tak pernah kesah pasal kau weyh. haha. kau berjaya menarik perhatian ramai gadis, but not me. haha. i mean kalau gadis-gadis lain tu, kau lalu je mesti sume toleh. tapi bila kau lalu sebelah aku, cepat-cepat aku tutup mata. takut kena ketumbit. hahahahaha

but actually, have you as one of my bestfriend tersangatlah amazing :) seriously :) even kau nampak macam "am i care?" dengan insan-insan sekeliling secara luaran, tapi dalaman kau tak camtu :) kau ni sangatlah setia dengar masalah-masalah aku :) sometimes bila aku emo gila, dok maki-maki bagai, you are the one yang cool down kan aku :) hehe. 

azhar, aku doakan kau akan bersama dengan gadis idaman kau, gadis pujaan kau :) hehe :) aku doakan kau capai impian kau to be the best director in the world one day :) tak sabar nak tengok first movie kau :) hehe.


ni lah si azhar, jejaka yang menjadi pujaan ramai gadis. haha. ni gambar lama dia, saje je letak yang lama sebab dulu dia handsome, sekarang tak sangat. haha

*azhar,terima kasih atas segala jasa kau ok :)*

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Monday, May 7, 2012

SYUKRAN :')

alhamdulillah, aku dapat tawaran matrik, maktab dan upu. aku sendiri tak sangka aku dapat ketiga-tiganya sebab untuk first and second choice upu tu aku letak course yang ada interview. tapi aku tak dapat pun panggilan untuk temuduga. so i think, upu tu bukan rezeki aku la. tiba-tiba check tadi, dapat. ALHAMDULILLAH, accounting which is my third choice.

mula-mula result matrik keluar, then bila tau je aku dapat, aku bersyukur tapi memang takde hati nak pergi. hehe. matrik life agak struggle for me, and im not a person yang sentiasa ada mood study 24-7. hehe. so,aku decide tunggu result maktab.

few days later, result panggilan interview keluar. again, rezeki berpihak pada aku. aku dapat interview di Maktab Perguruan Pendidikan Islam, Sg. Merab, Bangi. 16 Mei ni aku pergi temuduga. berdebar gila. banyak benda kena prepare untuk interview tu. isu semasa dalam dan luar negara, isu semasa pendidikan, pengetahuan am and so on. so, pray for my success ok :) amin.

and today, aku dapat tau aku dapat diploma in accounting kat uitm. tapi tak sure lagi kat mana. hopefully kat lendu je, tak payah campak aku jauh-jauh sangat la. hehe. 

so aku decide, aku daftar dulu UiTM. then if aku sure dapat masuk maktab, aku pergi pulak ke maktab sebab result masuk maktab lambat sikit keluar :) pray for me, wish me luck :)

for those yang tak dapat tawaran dari mana-mana tu, ini pesanan aku sikit :)

 ingat tak time kecik-kecik,bila jatuh,kita terus bangun semula kan sebab mak ayah cakap kita kuat.so macam tu jugak bila kita tak dapat UPU. bila tak dapat means kita jatuh,so takkan nak selamanya jatuhkan?bangkit ok :) prove that kegagalan tu sikit pun tak cuit semangat korang untuk belajar :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, April 29, 2012

LOVEY DOVEY

lately ni aku selalu post pasal sahabatkan. bukan apa, ramai sahabat aku akan ke PLKN dan sambung belajar. yang mana masuk PLKN ni, nanti bila dorang keluar aku pulak yang dah sambung belajar, insyaALLAH.

so, di kesempatan yang ada ini, before korang busy, before korang takde masa nak baca, baik aku tulis apa yang aku nak sampaikan pada korang dulu :) harap korang sudilah baca <3

firstly, aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. maaf zahir dan batin. im just ordinary person, hamba yang banyak melakukan salah secara sedar dan tidak. aku harap kalian ikhlas maafkan aku sebab aku takut kalau aku mati dulu dari kalian dan kita tak sempat untuk saling mohon maaf. maaf aku dari lubuk hatimu yang ikhlas :')

next, aku harap korang halalkan segala makan minum dan duit yang korang bagi kat aku. siapa-siapa yang aku bedal makanan dia, bekal korang sume tu, halalkan ok. maklumlah, aku ni kan pencinta makanan. kalau korang ada belanja aku apa-apa samada korang ikhlas atau aku yang mintak, again, please halalkan dengan sepenuh hati korang ok. sape nak kan darah dalam badan dia darah haram? :)

thirdly, halalkan ilmu yang korang bagi kat aku. pada sape-sape yang pernah ajar aku, aku sangat hargai ilmu korang tu. korang halalkan eh? aku ni memang sangat lemah dalam semua perkara, sebab tu aku tanya kat korang segala macam soalan yang bercelaru dalam otak aku. terima kasih kalian. halalkan ilmu tu selamanya. aku doakan ALLAH memberi kejayaan berterusan dalam hidup korang :)

aku mohon sepanjang perkenalan kita ni, korang ikhlas, benar-benar ikhlas berkawan dengan aku. betul-betul terima aku sebab aku seadanya, sebab aku adalah SITI AMIRAH BINTI ALI. bukan sebab simpati bagai ok. keikhlasan korang tu aku tak boleh nak ukur, sebab perasaan tu lahir dari hati.

no matter what happen after this, please remember me as one of your friend. kawan yang sangat annoying, menyusahkan, membebankan but at the same time membantu, menceriakan korang dan melengkapkan hari korang. hehe. perasan je ;p

last but not least, this song special for you :) aku taknak letak lagu sedih-sedih sebab cukuplah aku berendam air mata taip entry ni :') aku doakan korang berjaya dan bahagia selamanya. aku sayang korang <3 


love,    
mira mirae

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Friday, April 27, 2012

GONNA MISS YOU GUYS ;')











korang semua belum pergi jauh dari aku lagi pun aku dah rindukan korang sangat-sangat :(

YA ALLAH,KAU KUKUHKANLAH PERSAHABATAN KAMI. KAU ERATKANLAH HUBUNGAN KAMI.KEKALKAN HUBUNGAN INI SEHINGGA JANNAH YA RABBI.

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Saturday, April 21, 2012

BAGAN LALANG :)

petang tadi, lepas asar aku and family gerak pergi Bagan Lalang sebab nak makan seafood. ya ampunnn, punya la jauhh. dua jam weyh nak ke sana. masa tu rasa macam nak suruh pasang sayap kat kereta, then biar fly je. hahaha

Alhamduliilah, finally sampai pun. haha. perghh, excited gila aku tengok tempat tu sebab ada pantai :) i love pantai sangat2! rasa macam taknak makan je, nak duduk kat pantai tu. lagipun aku bukan boleh makan seafood. 

lepas order,aku ajak adik aku pergi pantai sebab masa tu dah nak sunset. masa yang aku idam-idamkan!! aku memang nak sangat2 tengok sunset and sunrise! Alhamdulillah, dapat tengok sunset tadi :) indah sangat ciptaan ALLAH. aku ada snap pic,sila la tengok :




suka sangat dapat amek gambar cenggini :) lama dah mengidam <3 hehe. perjalanan 2 jam, tunggu makanan sampai 1 jam setengah sebab orang sumpah ramai. then balik 2 jam. tapi saya happy sebab dapat tengok sunset and dapat jumpa awak! hahaha. ok lah, ada umur, ada jodoh, ada takdir, kita jumpa lagi ye 'seafood'.


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

PLKN!

memandangkan Izaty nak join PLKN 1 Mei ni, maka tadi aku pun follow la dia beli few things yang diperlukan. act ni plan last minute. sebab around 1 pagi baru dia inform and ajak aku. hehe. aku pun follow je. kami pergi bersama Mummy Normala. haha. hamboi! bukan main. haha. Mummy Normala tu mak zaty la. hehe

then pukul 12 kita orang gerak la ke JJ. si minah ni boleh pulak nak bakul pink, hanger pink, towel pink bagai. haihhh. sangat perempuan la dia ni. haha. aku pun selaku pembantu dia, maka redha je dengan pilihan dia.tahan je sakit mata ni. haha

dah shopping sume, misi mengisi perut. part paling best! haha. bila dah sudah makan, YA ALLAH, penuh gila perut. maklum la, tadi lapar sangat-sangat. haha.

so Izaty, bila kau nak lap muka, ingat aku. bila nak basuh baju, ingat aku. bila nak berus gigi, ingat aku. bila nak sidai baju, pun ingat aku sebab segala barang tu kita beli bersama <3 aku tunggu kau balikkk ! <3


terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Tuesday, April 17, 2012

PLEASE TAKE NOTE THAT I REALLY LOVE YOU AND NEED YOU IN MY LIFE!

satu ukhwah yang tidak dirancang terjalin. ukhwah yang tidak disangak wujud. ukhwah yang berkekalan selamanya hendaknya. ukhwah yang aku fokuskan lebih kepada persahabatan. setiap apa yang dilakukan dan terjadi dalam hidup seorang manusia adalah ketentuan ALLAH. kita sebagai hamba yang lemah, tak terdaya untuk menghalang takdir hidup kita.

setiap perkenalan dan persahabatan yang aku tempuhi for sure diwarnai dengan suka dan duka. dikhianati tu memang sering terjadi pada aku :) pada mulanya aku sangat-sangat meratapi bila aku dikhianati. tapi aku kena kuatkan. kalau tak, sampai bila aku nak bangun pertahankan diri aku kan. so lepas beberapa kali orang pijak-pijak aku, aku berubah menjadi seorang yang sangat ego :) aku takkan buat baik pada semua kawan-kawan aku di awal perkenalan.

aku tak kisah orang nak cakap aku berlagak, kerek, poyo or whatever la kan sebab i know myself! aku letih dan lelah diperbodohkan oleh kawan-kawan. sebab tu walau sayang macam mana sekali pun aku pada sahabat-sahabat aku, aku susah nak luahkan dengan sepenuh hati. selalu je aku cakap "sayang kau dowh" "weyh,i love you so much" bagai. tapi kebanyakannya aku akan cakap tanpa sepenuh hati aku. aku akan buat dengan betul2 bermakna bila masa-masa tertentu je.

lately ni aku asyik berfikir masa depan. masa aku di alam siswazah, alam pekerjaan dan alam barzakh. aku sedar waktu tu nanti aku akan terpisah dengan sahabat aku, kita akan berjauhan. aku takut aku dilupakan, dibuang dan tak dihiraukan oleh kalian. 

walau apa pun yang terjadi, aku akan sayang korang. ingat korang. rindu korang. aku tau aku ni memang jenis kawan yang cakap lepas, baran, emo sume tu. tapi itulah aku sebenarnya. aku memang akan sentiasa dengan sikap macam tu sebab aku tak reti nak jadi hipokrit. aku adalah aku. thanks sebab sudi terima aku. aku harap korang ikhlas sepenuh hati terima aku. aku harap korang adalah sahabat dan teman yang sebenar. 

terima kasih kerana korang sudi berkongsi airmata, gelak, tawa, suka, masa, and everything yang kita buat sama-sama. terima kasih sebab sentiasa ada untuk aku walau kita tak selalu bersama. terima kasih sebab menasihati aku. ketahuilah bahawa aku sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran korang dalam hidup aku.

<3  Izzati, Syafiqa, Anis, Qushwa, Faris, Baihaqi, Azhar, Alif Azhary, Muhaimin, Rasydan  <3 

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Sunday, April 15, 2012

ASSALAMUALAIKUM :)

agak lama aku meninggalkan kau wahai blog. haha. maaflah, aku ada idea tapi takde masa. bukan takde masa sebenarnya, tapi takde mood nak type berjela-jela. normal la tu kan, at one point semua orang akan jemukan.

ok, aku tengah godek-godek blog sahabat aku, izzaty. then terjumpa satu post ni. yang pasal PLKN tu. haihh, aku macam terharu when she said dia akan jadi guard aku. mungkin niat dia bergurau senda je tu. tapi to be honest, kau memang dah jadi guard aku zaty. kau jadi guard kepada hati aku, perasaan aku. sebab kau selalu dengar bebelan aku tentang apa je yang aku rasa kan.thanks dear :) i love you :')

kau kat sana jaga diri elok-elok. jaga kesihatan. jaga makan. jumpa kawan lelaki budiman, sampaikan salam aku. haha. itu mengarut ok.

aku juga nak pesan kat kau ni syafiqa, jangan nakal-nakal kat sana ok. jangan nak garang sangat. haha. jangan lupa aku wahai sahabat :) i love you :')

aku sekarang asyik fikir macam mana aku nak go on life aku. i mean, dah biasa kot kalau online tu dok bergossip dengan mereka ni. nanti dorang akan lenyap selama 3 bulan kot. haihh. im sure im gonna miss both of you so badly ok!

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Friday, March 30, 2012

CINTA ABADI ADALAH CINTA DARI HATI :)

aku kalau pagi-pagi buta macam ni memang mood layan pre-weddpng video or whatever video berkaitan dua jiwa menjadi satu and suddenly aku jumpa this  and this video.

these couple really touched me :') these what we call as true love. macam tittle entry ni, cinta abadi datang dari hati. cinta abadi adalah cinta yang tak mengenal paras rupa. cinta abadi adalah cinta yang tak mengenal taraf kekayaan. cinta abadi adalah cinta yang tidak memerlukan apa-apa syarat untuk kita menerimanya. itu sebahagian definisi cinta abadi for me. 

aku pasti jika seseorang insan telah menemui cinta abadi mereka, their life dah lengkap :) kekurangan pasangan adalah something that lengkapkan hiduo kita sebenarnya :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

Wednesday, March 28, 2012

HARGAILAH SAHABAT ANDA :)


special thanks to my dear best friend, ALIF :) sahabat aku yang aku sayang :) aku memang plan nak ajak kau lepak tadi, tapi takot kau kerja. so aku tak ajakkla kau. tiba-tiba pagi ni kau text aku, ajak breakfast sebab kau cuti :) i was like seriously kau cuti alip? sebab rindu nak lepak dengan kau. haha. 

so aku ajak dia lepak mines sekali sebab tak boleh teman dia breakfast. mula-mula dia macam tak sure boleh join ke tak awalnye sebab dia cakap dia nak pergi damansara dalam pukul 3 camtu. aku dah a little bit upset la sebab memang nak jumpa dia! nak yang amat sangat! tiba-tiba dia cakap dia otw from damansara ke mines. masa tu baru pukul 1 lebih. aku macam bia betul kan mamat ni. so aku tunggu jela. tengah syok-syok main bowling, dia call cakap dia dah sampai. ok, sumpah aku excited gila. terus stop main, suruh bai ganti sebab aku nak cari dia. haha.

ok, dia dah ada style rambut baru. haha. dah pandai pergi saloon dah kau kan. haha. aku rasa alip ni aku sayang lebih sebab dia ni sangat-sangat memahami hati kawan dia. dia even dia bengang, dia cool je. aku macam kagum dengan dia sebab aku kalau bengang, aku lepaskan je. haha. 

aku sayang dia lebih juga sebab dia baik :) susah nak explain baik yang macam mana, tapi aku tau dia baik sebab aku dah lama kawan dengan dia :) dia pernah nasihatkan aku pasal lelaki when i was in form two. aku tak tau la kau ingat ke tak alip yang kau pernah nasihatkan aku, yang penting aku ingat. haha.

aku sayang kau mesti la sebagai sahabat ok, jangan takot. aku faham kau dah ada kekasih hati, please take care of her. jangan mainkan hati dayang ok, aku tau dia budak baik :) aku nak jadi pengapit kau time kau kahwin nanti tau, kalau tak putus sahabat. haha


walaupun lepas kita dah sambung belajar nanti, kita dah jarang jumpa, kau jangan lupa aku tau! haha. kalau tak aku bakar helmet kau! haha. thanks sangat-sangat alip :)

malam ni hati aku pesan pada aku supaya jaga kau betul-betul sebagai sahabat. hati aku cakap, kau takkan ada pengganti, so make sure aku tak kehilangan kau sampai mati :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae