Tuesday, March 20, 2012

DEBARAN MULA TERASA

esok, 21 march 2012, tarikh penentu bagi masa depan aku. tarikh penentu sama ada berbaloi tak usaha aku selama 11 tahun di alam persekolahan. tapi yang paling penting, segalanya ditentukan oleh MAHA PENENTU. DIA  tau apa terbaik untuk setiap hambaNYA :)

aku mohon jika aku dapat keputusan cemerlang, biarlah aku terima dengan perasaan rendah diri, jika aku dapat keputusan gagal, biarlah aku tabah dan redha menerimanya. aku akan sedaya upaya cuba untuk tidak berlagak jika berjaya dan putus asa bila gagal.

ayah, ummi, tok mak, mak, along, nana, semua kaum keluarga dan mereka yang meletakkan harapan yang tinggi pada akak, akak mohon maaf jika akak gagal memenuhi impian dan harapan kalian. akak harap kalian tetap sokong akak walaupun akak berada di bawah. akak telah buat sehabis baik, usaha semampu yang bole. mungkin kalian tak nampak segala usaha akak tu sebab akak memang bukan seorang ulat buku. tapi percayalah, ALLAH tahu apa yang akak buat, apa yang akak usaha untuk cemerlang dalam SPM. tapi semua tu bergantung pada YANG MAHA PEMBERI samada untuk bagi akak best result atau bad result. jika akak cemerlang, akak harap kalian sentiasa mengingatkan akak untuk berpijak di bumi yang nyata dan  berpesan pada akak agar tidak mudah lupa diri.

jujur aku cakap, sekarang baru aku terasa debarannya. tapi sangatlah sikit rasa cuak tu. aku pun tak tau kenapa. padahal masa UPSR & PMR dulu bukan main lagi aku ni, meleleh tahap maksima. haha. tapi sekarang ni aku cool je, mak aku yang risau kenapa aku tak cuak. haha. ok lah, now nak iron baju untuk esok. semangat! haha. 

terima kasih di atas doa, sokongan, ilmu, nasihat, dan segalanya yang kalian beri pada diri yang kerdil ini sebagai tanda dorongan kalian untuk saya berjaya dalam SPM. semoga ALLAH menrahmati hidup kalian selamanya :)

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

No comments:

Post a Comment