Tuesday, March 6, 2012

MOHON DI BERI KETABAHAN DARI MU YA RABBI

aku sedih dengan keadaan family aku lately ni. kami memang bahagia, tapi dalam diam ada orang nak musnahkan kebahagiaan kami. just because of reason yang tak munasabah and salah diri sendiri, orang-orang ni nak hancurkan kami.

kalau problem ni tak libatkan family besar aku,aku masih boleh kuat.tapi sampai nenek, makcik, mak, and cousin-cousin aku yang baru nak kenal erti kehidupan pun turut terlibat.aku dah penat, dah lelah nak tengok keadaan keluarga aku ni. aku dah tak nak tengok mereka semua stress dengan masalah yang berlarutan ni.

aku pada luaran nampak macam tak kisah pun dengan segala masalah yang melanda, but deep inside my heart, hanya ALLAH yang tahu betapa aku menangis dengan keadaan ni semua. aku saje buat bodoh sebab diri aku ni jenis lain sikit. aku jenis yang akan ingat dan dendam perbuatan-perbuatan jahat orang pada aku & keluarga.

YA ALLAH,AKU MOHON KAU BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA KU UNTUK TERUS MENGHADAPI SEMUA MASALAH INI. BEGITU JUGA DENGAN AHLI KELUARGA KU YA RABBI, KAU BERILAH KAMI KEKUATAN. KAU KEKALKANLAH KEBAHAGIAAN KELUARGAKU. KAU JAUHKANLAH KAMI DARIPADA GOLONGAN-GOLONGAN YANG IRI HATI DAN HASAD DENGKI DENGAN KAMI YA ALLAH. KAMI JUGA MOHON PERLINDUNGAN DARIPADAMU, KAU LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA MAKHLUK-MAKHLUK YANG KAMI TIDAK NAMPAK, SESUNGGUHNYA KAU MAHA MELINDUNGI YA ALLAH!

terima kasih kerana sudi membaca luahan minda mira mirae

No comments:

Post a Comment